" Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s. a. w. akan hal tersebut, jawab Baginda s. a. w., "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia"-hadis

Nota Dari Istana

- "::.Notaku untuk dikongsi.::"


Assalamualaikum sahabat sekalian..sihat ye? Alhamdulillah selawat dan salam atas junjungan besar Nabi kita..ada nota lagi..macam biasa la kan..nota dakwah..(^_^)

sebenarnya ada satu kisah yang ana nak kongsikan bersama sahabat2 semua..cerita nya macam ni..ana telah menonton suatu drama ni,kat astro "awan dania 2" (mesti tak sangka ana tengok juga cerita2 mcm ni kan?) boleh tahan la cerita tu nak kata best sangat tu tak la sangat. Ana tersenyum dengan suatu skrip ni,lebih kurang macam ni lah ayat nye..sori la kalo tak betul eh..huhu

"mama2,nanti adik dah besar..adik nak jadi macam kakak tuuu.....boleh tak mama?!!!". Rengek si anak kepada ibunya sambil menunjukkan jari telunjuk ke arah seorang wanita.

"boleh sayang......nanti dah besar jadi macam kakak tu yeee.....". balas si ibu yang sangat berbangga anaknya menjadi seperti itu.


sekadar hiasan(kurang perhatian dari ibubapa akibat anak-anak hilang arah tujuan)



sekadar hiasan(anak-anak yang dibangga oleh ibubapa masa kini)

hebat kan wanita tu? sampai ada anak-anak kita nak menjadi seperti beliau. siapakah gerangan wanita yang bertuah itu agaknya?
Adakah wanita itu seorang yang sangat wara' pada agama kita yang indah ini?
mahir dalam bidang ilmu?
pakaiannya seperti seorang muslimah sejati?
sifatnya seperti para sohabiah Nabi?
sangat sayangkan Allah dan mengikut segala suruhanNya dan meninggalkan laranganNya?memenuhi syarat2 wanita yang dikasihi Pencipta?
Subhanallah..

Wahai ibu2 moden yang berada di luar sana..mahukah kita melihat anak-anak kita menjadi seperti ini? membiarkan anak-anak membuat keputusan tanpa memikirkan masa depannya..

dimana tarbiyah yang Nabi ajarkan pada kita?
dimana sifat sayangkan kalian pada anak-anak?
corak apakah yang anda lakarkan pada anak-anak anda semasa mereka masih kecil?
mahukah anak-anak anda menjadi seperti gambar di atas?
(banyaknyaa soalan.........hehe)

oleh itu..apa yang perlu kita lakukan?didiklah anak-anak dengan didikan yang mulia..tunjukkan mereka sifat-sifat mulia..jangan mengajar mereka sesuatu yang buruk. ajarkan mereka siapa Pencipta yang mencipta bumi ini..kenali mereka siapa insan yang paling mulia di dunia? dan tunjukkan mereka..

siapa yang perlu mereka contohi..


akhir kata ana sudahi nota ringkas ini dengan sedikit pesanan nota buat kaum hawa.. :

nota untukmu muslimat yang masih anak dara-jagalah akhlak dan peribadi muslimah supaya kita lah yang menjadi ikutan buat adik-adik di bawah.. jangan biarkan rmai anak2 mengikuti trend dan mengikuti artis2 yang tiada akhalak yang islam gariskan. Biarlah anak2 itu mencontohi sifat yang mulia.

nota untukmu muslimat yang mempunyai anak kecil - pengaruhilah anak2 dengan pengaruh firman dari Tuhan dan Sabda dari Nabi. Corakkan mereka dengan corak yang boleh kita pakaikan di akhirat nanti. Anak-anak adalah satu2 nya harta yang boleh di claim untuk menyelamatkan kita dari bahang api neraka..Oleh itu..pelihara lah mereka dengan sebaiknya..

sedikit je nota nye..harap ada manfaat sikit kot. (^_^) bak kata pepatah moden :

"badan biar kecil asal jiwa besar,tulisan biar kecil manfaatnya biarlah besar"


1 comments:

Unknown said...

salam...anak2 diibaratkan kain putih ibu bapa la yang mencorakkannya.Alhamdulillah ibu bapa kita mencorak kita ke jalan agama syukur padamu ya ALLAH.berdoa la kepada ilahi supaya malaysia jangan terpengaruh dengan budaya barat sangat.

Post a Comment