" Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s. a. w. akan hal tersebut, jawab Baginda s. a. w., "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia"-hadis

Nota Dari Istana

- "::.Notaku untuk dikongsi.::"


Assalamualaikum....hari ini ana ingin menulis sedikit nota.. sebenarnya sudah lama hendak menulis tetapi disebabkan masa sangat mencemburui ana, terpaksa lah menundakan nya..tapi sekarang Alhamdulillah dengan nikmat waktu yang Allah kurniakan untuk kita semua sedikit ruang "cuci" mata kita membaca benda2 yang baik...KITA KAN WANITA YANG BAIK...(^_^)

oleh itu wahai saudara2 perempuanku, disini ana ingin berkongsi suatu situasi yang mana ana kira situasi ini menjadi satu "sensitiviti" bagi kaum wanita khususnya, lagi2 yang telah berumah tangga~ana belum berumah tangga lagi tapi tak salah kan kita kongsi2 cerita ye tak? :)


Dalam blog ana ada satu iklan forum poligami(bagi yang perasan la) so, dari apa yang ana dengar dan ana faham tentang poligami ini suka untuk ana kongsi bersama saudari2 yang ku sayangi..POLIGAMI : "ANtara ADAT dan SYariat" kat bawah ni ada sedikit video yang ana buat masa forum tu bersama kawan ana sama2 membantu terima kasih : FILZAH SYARAH sahabat ana juga sahabat2 yang lain membantu. ~selamat menonton~ (^_^)




ok.... dah tengok? macam mana ok tak?apa yang ok nya? okla poligami tu..ok sangat2 kan?oops..! adakah anda akan mengajukan soalan dan menunjuk reaksi seperti dibawah?? :


(1) Eleh awak ni...! cakap senang la..bajet baik pulak..apa yang awak faham tentang poligami ni?? kawin pun belum. rasa sendiri baru tahu kot..!(tarik rambut sendiri..gggrr geram!)

jawapan ana :----->senyummm..(^_^) jangan marah2 sabar ok?memang ana belum kawin lagi tapi ana adalah seorang perempuan dan status kita sebagai seorang wanita itu tak ada beza nya..belum atau sudah berkahwin tak penting. Yang penting....ana juga bakal berkahwin tidak lama lagi dan ana juga akan menjadi seperti kalian.. tidak malu kah kalian? sedangkan ana yang belum punya suami rela sekiranya telah Allah tetapkan suami ana untuk dikongsi bersama wanita lain...tetapi kalian masih keras malah ada yang sanggup Anti-poligami! waNau'zubillah..itulah sekutuk-kutuk wanita..kita bukan macam tu kan?:)


(2) TANAK2! saye tanak dimadukan..saye tanak suami saye nikah lagi..saye sayang suami saye..saye selalu berdoa agar suami saye tak kawin satu lagi sebab saye dah jalankan tanggjawab saye sebaiknye..TANAK JUGAK!(sambil muncungkan mulut tumbuk2 meja..hihi)


jawapan ana :---> TANAK eh?(^_^) huhu tanak ape ni?tak nak ikut syariat yang Allah tetapkan? kalau sayang suami sanggup tengok dan nak biar suami kita berzina dengan perempuan lain?kalau taknak macam tu bunuh je la perempuan tu. orang cakap kan kalo nak buat dosa baik buat banyak2. mula2 menolak hukum Allah tetapkan dalam al-Quran kemudian biarkan suami berzina lepas tu jadi pembunuh! wah2....maka laknatlah ke atas kamu..! tapi ingatlah wahai ukhti..kita bukanlah wanita yang sebegitu..bukan kah kita sekarang sedang mencuba menggapai redha Tuhan Yang Maha Bijaksana...? :)


(3) Ana bukan taknak kasi zauj ana kawin..tapi....ana ada gak ar syarat2 nya..ala macam cerita "ketika cinta bertasbih tuuu..."ana belajar tinggi tau..al-Azhar sampai master. ana dah kaji suma kitab2 yang tebal2 yang ana beli penat2 kat maarid kutub kaherah. Tentang rumah tangga. ana ada hak! zauj ana tidak boleh sama sekali berkawin lain selagi ana mampu wat suma keje2 sebagai seorg isteri. itulah syarat nye..(sambil memegang sijil Masternya lalu menayang kepada semua yang menonton dan sedikit bangga)

jawapan ana :--->senyum lagi(^_^) alamak..sampai Master eh?Al-Azhar?tinginya belajar..letak syarat macam Anna Althafun Nisa' dalam KCB 2 tu? "selagi mana saya boleh menunaikan kewajiban sebagai seorang isteri..." AKAK...kewajipan seorang isteri itu adalah tidak membebankan suaminya..akak sedar tak sekarang akak sedang berikan suatu bebanan dengan syarat2 yang menyusahkan suami kita??sedar tak itu? jangan letakkan syarat yang kita sendiri tidak dapat lakukannya..biarkan maid menyediakan makanan,pakaian dan keperluan suami kita. Adakah itu suatu kewajipan yang dimaksudnya..akak.. menunaikan kewajipan itu bukan untuk batin sahaja..tetapi zahirnya juga..sepatutnya akak seorang azhariah perlu clear tentang hal ni..sebab akak lebih mendalami dan memahami hukum-hakam Allah berbanding orang kat luar sana..BERHENTI MENIRU PERBUATAN ITU. jangan jadikan dialog yang diciptakan itu menjadi dalil untuk kita menolak poligami. kerana apa akak? kerana kita bukan wanita yang membebankan suami..(^_^)

(4)apa...?? laki aku nak kawin lagi?? berani cuba lah!! aku karate dia kerat jadi lapan! balik nanti siap la..tido luar lah jawab nya..nape balik lambat ni?ni mesti tengah seronok dengan minah2 perampas laki orang! tak guna...Hiyah....!! ceraikan aku dulu baru kawin lagi satu..!mentang2 aku dah tua kerepot dia nak cari yang muda jugak!aku penat buat kerja itu ini dalam rumah ni nak membantu tidak, tak tahu beruntung langsung!lelaki dayus tak guna!!(sambil memakai baju tae kwan do masa form 3 lalu menarik tali pinggang putih)


jawapan ana :---> Ish2..takutnya ana..kuat la makcik ni..kuat lagi..hehe nak karate eh?eh sekarang anak makcik dah nak masuk 7 kan? rami kan..nanti kalau dah bercerai dengan pakcik siapa nak sara makcik? tak kesian anak2 ke makcik..kesian la anak2..suma tengah membesar sekarang ni..suka tak makcik tengok anak2 makcik bercerai dengan pakcik?tak suka kan..makcik nak tahu tak..nanti kalau pakcik dah kawin kerja2 rumah makcik dah kurang tau..makcik boleh duduk berehat beribadah kat rumah..pergi mengaji..dulu2 tak sempat nak mengaji kat surau kan?sekarang ni la masanya..ingat masa depan anak2..pengorbanan yang suami makcik berikan dulu..tak rugi langsung pun kalau makcik korban kan sedikit ruang di hati makcik daripada membiarkan orang yang kita sayang pergi meninggalkan kita..BERCERAI BUKAN SATU PENYELESAIANNYA..kenapa makcik ye? sebab kita akan mencontohi isteri2 Rasulullah..Subhanallah..tinggi martabat itu..(^_^)


boleh terima tak sekarang? di bawah ni ada sedikit nota untuk tatapan kalian supaya kalian lebih jelas mengenai hal ini..jom baca dengan teliti :


Kelebihan Poligami Dalam Islam

Islam mengharuskan seorang lelaki berkahwin lebih daripada seorang untuk menambahkan
zuriat dan mengelakkan daripadanya berlaku perbuatan maksiat. Had untuk seorang suami
menambahkan bilangan isteri hanya empat orang saja.


Firman Allah S.W.T (Surah an-Nisa' : Ayat 3)
Maksudnya : ….Maka kahwinlah mana-mana perempuan yang kamu berkenan, dua, tiga atau
empat orang.Jika kamu takut tidak berlaku adil, maka kahwinilah seorang saja….


Kebenaran berpoligami bukanlah satu peluang yang baik kepada kaum lelaki tetapi merupakan
satu tanggungjawab yang besar sekiranya diamalkan.Seseorang yang hendak berpoligami hendaklah mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh syarak supaya perkara-perkara yang tidak diingini tidak berlaku.Poligami yang diamalkan dengan baik dan mengikut syariat Allah akan mendapat berkat dan bahagia di dunia dan di akhirat. Poligami yang mengikut hawa nafsu akan dilaknat dan dimurkai oleh Allah.

Hikmah poligami

1. Dapat melahirkan zuriat terhadap pasangan yang tidak dapat melahirkan anak kerana
mandul, sakit dan lain-lain
2. Poligami adalah satu cara untuk melindungi kaum wanita yang tidak mempunyai suami atau
kehilangan suami seperti meninggal dunia di medan perang dan sebagainya.
3. Mengelakkan kaum lelaki daripada terjerumus ke lembah maksiat, kerana nafsu lelaki tidak
pernah kurang. Sedangkan nafsu perempuan semakin berkurang dengan bertambahnya usia.
4. Untuk mengurangkan jumlah kaum wanita yang semakin ramai bilangannya daripada kaum
lelaki.
5. Mengekalkan kerukunan rumahtangga akibat permusuhan antara suami dan isteri
terutamanya tentang masalah seks. Dengan adanya kebenaran poligami , keadaan suami
kembali aman dan pergaduhan dapat dielakkan.
6. Menambahkan zuriat umat manusia di muka bumi Allah melalui cara yang halal.

Syarat-syarat poligami

1. Lelaki yang hendak berpoligami mestilah beriman dan taat kepada perintah Allah. Lelaki
yang beragama akan menghayati konsep poligami yang sebenar dan mengamalkannya
terhadap isteri-isterinya.
2. Lelaki tersebut hendaklah berlaku adil terhadap isteri-isterinya, sama ada mengenai nafkah
zahir atau nafkah batin.
3. Lelaki tersebut mestilah mempunyai tubuh badan yang sihat supaya dapat menyempurnakan
segala tanggungjawab terhadap isteri-isteri dan anak-anaknya.
4. Hendaklah mempunyai sumber kewangan yang cukup dan teguh untuk menampung
keperluan isteri-isteri dan anak-anaknya. Sumber kewangan yang tidak cukup akan membawa
kesan yang tidak baik kepada sesebuah keluarga.

Sabda Rasulullah S.A.W
(Riwayat Abu Daud dan at-Tarmizi)
Maksudnya: Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Nabi S.A.W telah bersabda, sesiapa yang
mempunyai dua orang isteri lalu memberi kepada seorang daripada kedua-duanya, dia akan
dibangkitkan di hari kiamat kelak dengan bahunya berat sebelah.

p/s : ingat tu kaum adam! dah ada syarat2 kat atas tu baru boleh nak pasang satu lagi..seronok la tu ana sokong kaum lelaki je dari tadi..seandainya syarat2 di atas tidak boleh dilaksanakan..maka jangan la nak berangan lebih2 ok??~muka serius---> ('.')

Akibat poligami yang tidak mengikut syariat Allah:

1. Menimbulkan permusuhan dalam keluarga khususnya terhadap isteri-isterinya.
2. Menimbulkan masalah kepada anak-anak yang tidak cukup perbelanjaan dan memaksa
mereka melakukan perbuatan-perbuatan yang tidak baik.
3. Pembawa kepada penganiayaan terhadap kaum wanita.
4. Mewujudkan masyarakat yang tidak aman.

Sabda Rasulullah S.A.W
(Riwayat Aby Daud,Tarmizi, Nasai Ibnu Majah)
Maksudnya : Daripada Aisyah r.a telah berkata: Sesungguhnya Rasulullah S.A.W
membahagikan giliran sesama isterinya dengan adil dan baginda berdoa: “Ya Allah! Ini
bahagian aku yang dapat aku laksanakan kerana itu janganlah Engkau cela aku tentang
apa-apa yang Engkau kuasai sedangkan akut tidak menguasainya “. Berkata Abu Daud :
maksudnya ialah ‘hati’.

itu sahaja nota untuk kali ini..moga dapat manfaatnya..(^_^) sebelum mengundur diri ana nak berikan suatu kalam yang dapat ana rakamkan dalam minda ana. Kta2 oleh ustaz Akli bin Ahmad-sekarang tengah buat PhD kat mesir ni..pensyarah KUIN..antara kalamnya :


"Suami bukanlah milik Isteri dan tidak mungkin isteri memiliki suami. TETAPI.. isteri itulah adalah milik suami sekemuanya.."

kalam dari Syeikuna Muhammad NUruddin semasa pengajian bersama akhawat :

sayangilah saudara kita yang lain seperti sayang diri sendiri..maka berkongsi itu lebih baik kan..(^_^)


0 comments:

Post a Comment