" Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s. a. w. akan hal tersebut, jawab Baginda s. a. w., "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia"-hadis

Nota Dari Istana

- "::.Notaku untuk dikongsi.::"

" Lelaki pilihan Allah "
kesinambungan dari cerpen " demi anak ummi "
karya : Ummul Syabinar Binti Johari

Jam menunujukkan waktu solat fardhu Zohor. Suasana di Masjid Al-Azhar mendamaikan, sedamai para ulama' yang berada disana. Kelihatan sebahagian ikhwah disana membuka sarung kaki mereka memijak lembut lantai putih penuh sopan. Mengambil berkat tapak kaki beribu ulama' . Mengharapkan jalan mereka sejajar mengiringi perjalanan para fuqaha' seluruh dunia.
Disana juga kelihatan susuk tubuh sasa berbaju hijau milik seorang anak muda berumur 27 tahun sedang duduk bersila bersama kitabnya sambil menunggu jemaah yang lain tiba. Anak kelahiran Bumi Mesir ini memiliki raut wajah bangsa arab. Kulitnya tampak  putih serta hidungnya yang mancung manakala jambang di wajahnya membuatkan ramai tidak menyedari bahawa darah yang mengalir di badannya adalah darah anak melayu. Walaupun dia dilahirkan di Mesir, namun dia dibesarkan di tanah melayu oleh seorang ayah bersusah payah selepas kematian ibunya.
 Imran Mujahid Bin Ahmad Kamal suatu nama tidak asing lagi di kalangan pelajar Malaysia. Kerana sikapnya yang baik, ramah dan suka menolong orang. Tetapi sayangnya jejaka kacak ini sudah menjadi milik Aisyah Humairah. Isterinya yang cantik dan bijak itu berada di tanah air. Hampir setahun mereka mendirikan rumah tangga atas dasar cinta antara satu sama lain. Walidnya Ahmad Kamal mengambil keputusan untuk meminang Aisyah tahun lalu dan dinikahkan dalam majlis yang serba ringkas. Bermaharkan surah Al-Imran yang dialunkan oleh anaknya sendiri sewaktu akad nikah. Imran sudah menghafal keseluruhan kitab suci Allah sewaktu umurnya 13 tahun. Jadi dia sudah terbiasa dengan ayat suci itu. Maha Suci Allah! pernikahan yang unik ini disaksikan puluhan wartawan ketika itu. Dan perkahwinan ini menjadi ikutan beberapa pasangan lain.
*****************************************
Kini jarak telah memisahkan mereka. Imran adalah pelajar tahun akhir Master  Al-Azhar kuliyyah Syariah Takhasus Usul Fiqh. Cita-citanya untuk menjadi seorang murabbi muda kian menampakkan sinarnya. Dia berhasrat ingin membawa isterinya tinggal disini buat selamanya. Memandangkan isterinya itu baru sahaja menamatkan pengajian di Universiti tempatan, Imran menyuruh Aisyah membuat urusan secepatnya. Itulah pengarang jantung Imran satu-satunya. Dengan adanya Aisyah disisi, Imran mungkin akan lebih bersemangat.
Telefon bimbit Imran bergetar perlahan. Dia segera mengambilnya dan melihat terdapat pesanan ringkas dari isterinya. Pesanan jauh, melangkah dua benua.
"Assalamualaikum abang, Aisyah hamil alhamdulillah.. :) ". Imran tersenyum sendiri dan dia terus menyujudkan diri di masjid yang tersergam indah itu. Sujud syukur.
Imran segera membalasnya, " Alhamdulillah malam nanti abang call."
Selesai solat zuhur, Imran terserempak dengan tiga sahabat baiknya. Mohammed, Ziyad dan Abdullah. Warga mesir yang sangat cintakan negara. Nampaknya mereka begitu berpuas hati dengan pemerintahan Presiden Mursi. Dia dapat rasakan yang ketiga-tiga pemuda itu sanggup melakukan apa sahaja agar gerakan islam Ikhwanul Muslimin tetap teguh menaungi Bumi Nabi Musa itu. Abdullah mengajak Imran menelaah di maktabah. Katanya ada kitab rujukan yang bagus disana. Mereka berempat pergi bersama-sama. Semangat setiakawan antara mereka tidak dapat disangkal lagi. Ziyad sudah menjadi seorang bapa. Dan dia digelar Abu Asma'. Kerana anak perempuannya bernama Asma'. Manakala Mohammed dan Abdullah baru sahaja mendirikan rumah tangga. Imran juga ikut pergi semasa majlis berlangsung. Sederhana tetapi meriah.
Imran pulang agak lewat malam itu. Berbekalkan roti yang dibeli semasa perjalanan pulang ke rumah. Dia melabuhkan tubuhnya di ruang tamu. Cuaca yang sangat panas membuatkan dia kurang selesa berada di bilik. Tiba-tiba dia teringatkan isterinya lalu segera menekan suatu nombor.
" Assalamalaikum Aisyah, sihat ke? abang ucapkan tahniah untuk awak. "
" Waalaikumusalam. Aisyah ucapkan tahniah untuk abang juga. Tapi abang.. "
" Tapi apa Aisyah? Awak tak sihat ke? " . Nada Aisyah terhenti panjang.
"Err.. Takde pape lah abang Aisyah okay, muntah-muntah tu biasala, abang jangan risau ye? "
Jawapan Aisyah itu memberikan seribu satu kelegaan buat Imran. Dia sangat risaukan kesihatan isterinya itu. Sejak perkahwinan ini, Aisyah selalu saja keluar masuk hospital. Imran tidak sempat menemani isterinya ke hospital kerana terpaksa menghabiskan pengajiannya di Mesir. Dia hanya mampu bertanyakan khabar dari jauh setiap hari. Perbualan mereka malam itu agak panjang. Aisyah menceritakan aktiviti harian kepada suaminya. Manakala suaminya pula menjadi pendengar yang setia. Setia pada isterinya yang satu. Tiada dua dan tiada tiga. Bagi Imran, Aisyah sudah cukup menjadi empat orang isteri. Inilah yang dinamakan cinta. Saling terima akan keburukan masing-masing dan sentiasa bersifat terbuka.
*********************************************
Dua bulan berlalu tanpa disedari , rutin harian Imran berjalan seperti biasa. Dia akan solat subuh di masjid berdekatan kemudian mengajar di Hayyu Asyir. Selepas jam 9pagi dia akan bertemu dengan beberapa orang gurunya untuk membaca kitab Hadith dan Fiqh. Pada waktu petang pula dia singgah ke Masjid Azhar bersama tiga rakan seperjuangan bagi menyelesaikan tesis mereka. Manakala waktu malam dia meluangkan masa untuk Persatuan. Baginya, persatuan amat penting. Bagaimana hendak menakluki jemaah yang besar seperti Ikhwanul Muslimin sedangkan jemaah yang kecil di abaikan? Imran banyak belajar dari tiga sahabatnya tadi. Mereka telah membuka mata Imran untuk terus membangun bersama ummah. Sesekali Imran akan menghantar mesej kepada isterinya merisik khabar keadaan disana.
*******************************************
Imran menatap jam tangannya. Menanti sahabat-sahabatnya di tempat biasa. Tetapi malangnya seorang pun tidak muncul tiba. Perasaan hairan bermain di fikiran Imran.
"  Tak pernah lewat macam ni.. sudah pergi kemana tiga ikhwanku.." Bisik hati Imran. Dia mengambil keputusan untuk pulang ke rumah sahaja kerana perintah berkurung sudah dikeluarkan.
 Oh ya! Mesir bergolak lagi. Kali ini lebih dasyat dari sebelumnya.  Imran sering juga mendengar temannya berbicara tentang perhimpunan aman di Rabaah dan Nahdah. Tetapi malangnya perhimpunan itu bertukar menjadi medan berdarah. Regim tentera As-Sisi dengan bongkaknya merampas kuasa Presiden idola dunia itu. Mereka tanpa segan silu menggulingkan kerajaan yang elok sistemnya selepas setahun pemerintahan. Kerajaan islam yang telah di pilih sah oleh majoriti rakyat. Mereka memilih pemimpin yang bukan calang orangnya. Berfikrahkan Ahlul Sunnah wal Jamaah, berpaksikan  Al-Quran dan As-Sunnah dan membuka laluan pintu terowong Rafah iaitu penghubung antara negara Mesir dan Palestin. Mana mungkin tindakan itu dilakukan oleh presiden sebelum ini. Hal ini membangkitkan kemarahan seluruh manusia yang berada di atas muka bumi ini.
************************************************
Malam itu Imran termenung panjang. Menongkat dagunya menyaksikan negara tempat tumpah darahnya ini terumbang ambing bagai tiada kesudahan.  " Ya Allah selamatkan Mesir. " Detik suatu doa di sanubarinya . Itu sahaja yang dia mampu lakukan ketika ini. Hati Imran kian meronta.  Nafasnya juga tersekat-sekat. Air mata yang mengalir tidak terkira banyaknya. Mengenangkan nasib negara bertuah itu. Duduk tidak senang, berdiri pun tidak senang. Imran melangkah lemah menuju ruang mejanya dan duduk menulis satu nota kecil. Seusai menulis, dia memasukkan ke dalam sampul berwarna kuning. Nama yang tertera di situ adalah " Zaujahku Aisyah Humairah." Dia sekali lagi tidak senang duduk. Lamunan Imran dikejutkan dengan bunyi telefon bimbit. Dia segera berlari-lari anak mendapatkan telefonnya dengan seribu harapan, menanti berita dari salah seorang sahabatnya yang sedang berhimpun di medan Rabaah. Imran mengukir senyuman kerana nama yang tertera disana adalah Ziyad. Dalam perbualan itu, Ziyad menerangkan kepada Imran bahawa mereka bertiga berada dalam keadaan selamat. Mereka akan berada disana sehingga jawatan Presiden diserahkan semula. Ziyad juga memintanya untuk teruskan berdoa untuk Mesir.
Ziyad, isteri serta anaknya sudah "berkampung" di sana. bagi menunjukkan semangat jihad mereka akan negara yang tercinta. Imran juga turut terkesan dengan semangat keluarga mulia ini. Anak mereka berusia 4 tahun seakan-akan mengerti tugas seorang pejuang. Duduk dan bantah mempertahankan kebenaran. Demi anak bangsanya juga.
*************************************************
Tanggal 15 ogos 2013, Imran sekali lagi telah menerima panggilan dari Ziyad. Suatu tarikh yang memberikan impak mendalam dalam sejarah hidup mereka berdua. Abdullah dan Mohammed telah terbunuh! Abdullah ditembak di bahagian kepala manakala Mohammed terbunuh akibat terhidu gas pemedih mata yang melampau. Imran terpana buat seketika. Dia segera bergegas ke tempat kejadian bagi menyaksikan sendiri teman-teman yang amat di kasihi. Betapa terkejutnya Imran melihat keadaan disana. Keadaan disana kucar-kacir.Tentera Mesir semakin kejam dan tidak berperikemanusiaan. Mereka dengan sengaja meratah tubuh rakyat sendiri tanpa rasa bersalah. Satu persatu dari mereka ditembak, digelek dengan kereta kebal dan disepak terajang begitu sahaja. Ratusan kanak-kanak dan wanita lari bertempiaran. Ada juga dikalangan mereka dibakar oleh tentera As-Sisi yang berhati binatang. Masjid Rabaah Al-Adawiyah yang dahulunya berdiri megah juga dibakar hangus.Rakus dan kejam. Imran hanya mampu menadah tangan ketika itu dan melaungkan "Allahu Akbar!" . Sesungguhnya rakyat mesir sedang dizalimi dengan dasyatnya. Apa yang lebih dasyat ialah semua rakyat yang menyokong Presiden Mursi dilabel sebagai pengganas biarpun dia bukan dari kalangan Ikhwanul muslimin.  Apa yang berlaku ketika ini bukanlah kerana politik semata-mata. Nyawa umat Islam terkorban tanpa sebab yang munasabah.Tentera As-Sisi kini kian "menggila". Mereka juga telah "menyembelih" penduduk tempatan negara mulia itu secara haram. Sudah terang lagi bersuluh. Lagak tentera disana saling tidak tumpah seperti samseng jalanan. Buas dan ganas bak serigala jadian. Rampasan kuasa yang tidak sah ini telah mencabar semangat jihad para pencinta agama. Biarpun keadaan disana kelam kabut, masih ada yang berbaki tidak gentar diri mereka dibunuh. Imran juga telah disuntik roh keberanian. Darah garuda dalam badannya kian membuak-buak.Kali ini dia benar-benar nekad. Gendang perang semakin kuat di canang, semboyan jihad turut kuat memanggil jiwa-jiwa yang ada disana.Dia juga sekali-kali tidak goyah dan takut untuk berjuang menentang kebatilan. Di arus semangat itu, tiba-tiba anak matanya melereng ke sebelan kanan. MasyaAllah! Ziyad! Dia segera mendapatkan Ziyad dalam keadaan nyawa-nyawa ikan yang telah ditembak dibahagian dada oleh polis berhati batu. Ziyad cuba mengatakan sesuatu disana. Imran sedaya upaya mendekatkan telinganya ke mulut Ziyad.
" Benti Asma' Ya akhi...La ilaha illa llah...Muhammadu Rasulullah...". (Anakkku Asma' wahai saudaraku..Tiada Tuhan Selain Allah, Nabi Muhammad pesuruh Allah).  Walaupun belum sempat Ziyad menghabiskan kalamnya, Imran mengerti bahawa As-Syahid meminta pertolongannya untuk menjaga Asma' puteri kesayangan. Imran menutup matanya menahan sebak. Innalillahi wa inna ilaihi rojiu'n. Satu-satunya sahabat yang tinggal di jemput Illahi dengan cara Husnul Khatimah. Imran di amanahkan untuk menjaga Asma' puteri As-Syahid. Jenazah As-Syahid diangkat oleh rakan yang lain. Isterinya juga terbunuh kerana ditembak. Imran bergegas ke sebuah khemah untuk mencari Asma'. Kanak-kanak comel itu duduk dalam keadaan ketakutan. Mata Asma' terpandang pada Imran lalu dia segera mendapatkan Imran. Dipeluk Imran sekuat hatinya. " Ammu Imran! Aina Abi? aina Ummi? ".( pakcik Imran, mana ayahku? mana ibuku?) Imran hanya mampu mengerutkan dahi dan memeluk erat anak kecil yang baru sahaja kehilangan ayah dan ibunya. Anak seorang pejuang agama Allah kini di bawah jagaanya.
*********************************************
 Imran menghendap suasana di luar khemah. Malangnya tentera dan polis makin giat "merancau" bagai orang gila. Imran menggendong Asma' dibelakangnya lalu mencari ruang dan peluang ke tempat yang lebih selamat. Apa yang penting sekarang adalah dia perlu memastikan keadaan Asma' terkawal. Imran juga melihat begitu banyak kanak-kanak seusia Asma' terlantar di jalanraya. Darah merah membanjiri kawasan itu. Imran menitiskan air mata menyaksikan semua ini lalu berlari sekuatnya. Sekuat harimau bintang barangkali. Asma' yang berada di belakangnya itu tidak putus-putus menyebut kalimah "Allah.Ahad..Allah..Ahad ". Itulah didikan dari keluarga yang soleh. Sentiasa ingat pada tuhan yang Menciptakan. Tiba-tiba di hadapan Imran terdapat seorang polis As-Sisi sedang memijak kepala seorang warga emas. Sudahlah dipijak kemudian di pukul dengan kayu sekuat hati. Mata Imran bertukar warna. Wajahnya yang putih melepak itu menjadi merah padam. Tanpa membuang masa lagi imran menerajang lelaki itu hingga tergolek. Lantas menghayunkan kayu itu tepat ke arah  kepala lelaki yang bertopi besi itu. Warga emas itu sudah tidak bernyawa lagi. Tubuhnya penuh dengan darah. Imran berasa sungguh marah! Dia sekali lagi pergi mendapatkan lelaki tersebut tetapi lelaki itu sudah tiada disitu. Tatkala Imran menoleh kebelakang, suatu das tembakan dilepaskan pada Asma' yang berada di belakangnya itu. Imran menjerit kuat. Imran meletakkan Asma' dibawah kemudian mendapatkan kelibat keji orang yang melepaskan tembakan tersebut. Imran menghentam muka lelaki itu sekuat hatinya. Lelaki itu sudah kelihatan lemah. Imran segera menuju ke arah Asma'. Dia menangis hiba sambil meribakan sang puteri Syuhada'. Tubuh anak kecil itu berlubang kecil. Baju Imran juga penuh dengan darah. Imran merebahkan dirinya atas jalan raya sambil memegang perutnya. Peluru Asma' telah memakan tubuhnya. Dia seolah-olah mengerti betapa sakitnya anak yang tidak berdosa itu ketika puluru datang singgah sebentar di badan Asma'. Mereka berkongsi peluru yang sama. Asma' syahid dalam dakapan Imran. Imran juga syahid dalam senyuman. Cita-cita tertingginya sudah tercapai. Mati di jalan Allah.
 " Terima kasih Ummi, kerana sudi menamakan saya sebagai Imran Mujahid.."
***********************************************
Selepas beberapa bulan kejadian tersebut, Aisyah keguguran kerana dia menghidap penyakit kanser pangkal rahim. Doktor menyarankan agar Aisyah tetap berada di hospital kerana keadaannya begitu kritikal. Aisyah kini ditempatkan dalam wad Unit Rawatan Rapi (ICU) . Dia menggenggam erat satu kertas sejak dua hari yang lalu. Suatu coretan suaminya tercinta. Nota ringkas tetapi maknanya yang begitu mendalam. Disana suaminya menulis sepotong ayat Al-Quran yang maksudnya :
" Dan janganlah kamu mengatakan terhadap orang yang gugur di jalan Allah
( bahawa mereka itu ) mati, bahkan sebenarnya mereka itu hidup, tetapi kamu tidak
menyedarinya " - Al-Baqarah 154.

Aisyah menutup matanya dan berdoa dalam hati. " Ya Allah, Engkau telah taqdirkan lelaki itu menjadi suamiku dan Engkau juga telah memilihnya syahid di jalan-Mu. Damaikan hatiku dengan ketentuanMu. Izinkanlah diri ini menjadi bidadari buatnya.. Amin Ya Allah..".
Monitor yang berada di bilik Aisyah mengeluarkan bunyi yang panjang. Menandakan nadinya sudah tidak berfungsi. Aisyah pergi bersama memori. Di alam sana kekal abadi. Berharap agar menjadi serikandi buat sang suami.


-kamar merah jambu, kampung tengah Derang-

Wahai ukhti sayang..

walau diri ini tidak mengenalimu , tidak tahu siapa kamu yang sebenarnya.. ada sisipan buatmu. Sedikit nasihat selaku pengantin baru. Pengantin baru adalah bermaksud : sepasang suami isteri yang baru sahaja melayarkan bahtera mereka menuju ke perhentian syurga. Dalam masa pelayaran tersebut pasti ada ombak datang membadai, pasti ada tersalah masuk lorong , pasti ada yang tenggelam entah ke mana..bagaimana untuk kita memastikan bahtera yang terbina dapat "melandingkan" tubuhnya dengan baik di tempat letak kenderaan yang tersedia di Syura Allah yang Maha Esa? Perkahwinan bukanlah sesuatu yang mudah. walaupun hanya lafaz yang menghalalkan segala namun, ada etika yang perlu dipelajari dengan lebih mendalam. Kamu sebagai isteri bukan sekadar isteri untuk suamimu malah, ibu kepada anak-anakmu dan wanita menyeri segala isi dunia.

Wahai ukhti yang ku cintai..

kehidupan seorang isteri begitu sukar dan berat. Begitu mudah untuk seorang isteri itu mengheret suaminya ke neraka. Setiap dosa yang dilakukan oleh sang isteri dan anak-anak, si suami lah yang perlu bertanggungjawab. Setiap helai rambut yang dopertontonkan selain dari suami dan mahramnu adalah satu dosa, Setiap solat wajib yang kamu sengaja tinggalkan adalah satu dosa. Setiap perkataan yang lahir dari bibirmu menyakiti hati suamimu adalah satu dosa..Kasihan lah pada suami mu..

Wahai ukhi yang solehah...

Janganlah hanya menunggu suamimu membimbingmu saat engkau goyah dan lemah. Jangan salahkan suamimu pabila kamu melakukan maksiat. Sama-sama lah kamu dan suamimu masing-masing membimbing antara satu sama lain jalan menuju Redha Allah yang Satu. dan ingatlah wahai ukhti..

Disaat kamu wanita akhir zaman menikahi lelaki akhir zaman perubahan haruslah sama-sama dilakukan, sama-sama membimbing dan sama-sama ke syurga..



SeLaMaT PenGanTin Baru.. ^_^

Comments: (0)

SOALAN:
KITA biasa dengan ungkapan yang berbunyi, "syurga di bawah tapak kaki ibu". Tetapi benarkah syurga isteri pula di bawah tapak kaki suami? Adakah ungkapan ini disokong oleh mana-mana hadis?

Jawapan:

Mentaati ibu bapa balasannya syurga. Dalam hadis-hadis, Rasulullah SAW menjanjikan syurga bagi mereka yang taat kepada kedua ibunya.

Adapun janji syurga di bawah telapak kaki suami belum saya temui, namun cukuplah menjadi seorang isteri itu ahli syurga dengan mentaati suaminya, yang demikian cukup banyak ayat al-Quran dan hadis baginda.

Sifat-sifat isteri yang dijanjikan syurga.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: Wanita (isteri) solehah adalah yang taat lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada dikeranakan Allah telah memelihara mereka. (al-Nisa’: 34)

Dalam ayat ini Allah menghimpun beberapa sifat yang wajib ada pada seorang wanita solehah, antaranya adalah taat kepada Allah swt dan kepada suaminya dalam perkara yang makruf (perkara baik) lagi memelihara dirinya ketika suaminya tidak berada di sampingnya.

Al-Sheikh Abdul Rahman bin Nashir As-Sa’di r.h. berkata: "Tugas seorang isteri adalah menunaikan ketaatan kepada Allah dan taat kepada suaminya, kerana itulah Allah berfirman:Wanita solehah adalah yang taat, iaitu taat kepada Allah SWT, lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada di rumah atau di sampingnya". Iaitu taat kepada suami mereka bahkan ketika suaminya tidak ada, dia menjaga suaminya dengan menjaga dirinya dan harta suaminya.(Taisir, hal. 177)

Ketika Rasulullah menghadapi permasalahan dengan isteri-isterinya sampai beliau bersumpah tidak akan mencampuri mereka selama sebulan, Allah SWT menyatakan kepada baginda SAW dengan firman yang bermaksud: Jika sampai Nabi menceraikan kalian, mudah-mudahan Tuhannya akan memberi ganti kepadanya dengan isteri-isteri yang lebih baik daripada kalian, muslimat, mukminat, qanitat (taat kepada Allah), taibat (sentiasa bertaubat), ‘abidat (sering beribadat), saihat (kerap berpuasa) dari kalangan janda ataupun gadis. (at-Tahrim: 5) [Al-Jami' li Ahkamil Quran, 18/126-127, Tafsir Ibnu Katsir, 8/132]

Nabi SAW ada bersabda yang bermaksud: "Apabila seorang wanita menjaga solat lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadan), menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya, maka ketika berada di akhirat dikatakan kepadanya: Masuklah engkau ke dalam syurga dari pintu mana saja yang engkau sukai". (riwayat Ahmad 1/191, Shahihul Jami’ no. 660, 661)

Berdasarkan dalil-dalil tersebut, dapat kita simpulkan bahawa sifat isteri yang solehah adalah sebagai berikut:

1. Mentauhidkan Allah dengan mengabdikan diri hanya kepada-Nya tanpa menyekutukan-Nya dengan sesuatupun.

2. Tunduk kepada perintah Allah, terus menerus dalam ketaatan kepada-Nya dengan banyak melakukan ibadah seperti solat, puasa, bersedekah dan selainnya.

3. Menjauhi segala perkara yang dilarang dan menjauhi sifat-sifat yang rendah yang boleh menghakis sifat-sifat mulia.

4. Selalu bertaubat kepada Allah hingga lisannya sentiasa dipenuhi istighfar dan zikir kepada-Nya. Sebaliknya ia jauh dari perkataan yang sia-sia, tidak bermanfaat dan membawa dosa seperti dusta dan lainnya.

5. Menaati suami dalam perkara kebaikan bukan dalam bermaksiat kepada Allah dan melaksanakan hak-hak suami sebaik-baiknya.

6. Menjaga dirinya ketika suami tidak berada di sisinya. Ia menjaga kehormatannya dari tangan yang hendak menyentuh, dari mata yang hendak melihat, atau dari telinga yang hendak mendengar.

Demikian juga menjaga anak-anak, rumah, dan harta suaminya.

Sifat isteri solehah lainnya boleh diperincikan berikut:

1. Penuh kasih sayang, selalu kembali kepada suaminya dan mencari maafnya. Rasulullah SAW bersabda: "Mahukah aku beritahukan kepada kalian, isteri-isteri kamu yang menjadi penghuni syurga ialah isteri yang penuh kasih sayang, banyak anak, selalu kembali kepada suaminya. Di mana jika suaminya marah, dia mendatangi suaminya dan meletakkan tangannya pada tangan suaminya seraya berkata: "Aku tak dapat tidur sebelum engkau reda". (riwayat al-Nasai dalamIsyratun Nisa no. 257.)

2. Melayani suaminya (berkhidmat kepada suami) seperti menyiapkan makan minumnya, tempat tidur, pakaian dan seumpamanya.

3. Menjaga rahsia-rahsia suami, lebih-lebih yang berkenaan dengan hubungan intim antara dia dan suaminya.

Asma’ bintu Yazid r.ha menceritakan dia pernah berada di sisi Rasulullah. Ketika itu kaum lelaki dan wanita sedang duduk. Baginda bertanya: "Barangkali antara kalian ada suami yang menceritakan apa yang diperbuatnya dengan isterinya (hubungan suami isteri), dan barangkali ada isteri yang memberitahu apa yang diperbuatnya bersama suaminya?" Maka mereka semua diam tidak ada yang menjawab. Aku (Asma) pun menjawab: "Demi Allah! Wahai Rasulullah, sesungguhnya mereka (para isteri) benar-benar melakukannya, demikian pula mereka (para suami)".

Baginda bersabda bermaksud: "Jangan lagi kalian lakukan, kerana yang demikian itu seperti syaitan jantan yang bertemu dengan syaitan betina di jalan, kemudian digaulinya sementara manusia menontonnya". (riwayat Ahmad 6/456)

4. Selalu berpenampilan yang bagus dan menarik di hadapan suaminya sehingga bila suaminya memandang akan menyenangkannya.

5. Ketika suaminya sedang berada di rumah, ia tidak menyibukkan dirinya dengan melakukan ibadah sunnah yang dapat menghalangi suaminya untuk istimta’ (bernikmat-nikmat) dengannya seperti puasa, terkecuali bila suaminya mengizinkan.

6. Pandai mensyukuri pemberian dan kebaikan suami, tidak melupakan kebaikannya.

7. Bersegera memenuhi ajakan suami memenuhi hasratnya, tidak menolaknya tanpa alasan yang syarie, dan tidak menjauhi tempat tidur suaminya, kerana ia tahu dan takut terhadap berita Rasulullah SAW yang bermaksud: Demi zat yang jiwaku berada di tangan-Nya, tidaklah seorang suami memanggil isterinya ke tempat tidurnya lalu si isteri menolak ajakan suaminya (enggan) melainkan Allah SWT murka terhadapnya hingga si suami reda padanya. (riwayat Muslim no. 1436)




Judul: Aku hanya wanita biasa

Kepadamu yang akan menjadi pendampingku kelak..Terimakasih karena telah memilihku di antara ribuan bidadari di luar sana yang siap untuk kau pilih.. Padahal kau begitu tahu, aku hanya wanita biasa, yang sangat jauh dari sempurna.Karenanya ku ingin kau tahu, aku bukan wanita yang sempurna, aku begitu banyak kekurangan. Maka ketahuilah..

Kepadamu yang akan memilihku kelak..

Aku tak sebijak bunda khadijah, karenanya ku ingin kau tahu, aku bisa saja berbuat salah dan begitu menyebalkan. Maka ku mohon padamu, bijaklah dalam menghadapiku, jangan marah padaku, nasihati aku dengan hikmah, karena bagiku kaulah pemimpinku, tak akan berani ku membangkang padamu..

Duhai kau yang telah memilihku kelak.. Ingatlah, tak selamanya aku dapat tampak cantik di matamu, ada kalanya aku akan begitu kusam dan jelek. Mungkin karena aku begitu sibuk berjibaku di dapur, menyiapkan makan untuk kau dan malaikat-malaikat kita nanti –insya’Allah-. Maka aku akan tampak kotor dan berbau asap. Atau karena seharian ku harus membenahi istana kecil kita, agar kau dan malaikat kita dapat tinggal dengan nyaman dan sehat. Maka mungkin aku tak sempat berdandan untuk menyambutmu sepulang bekerja.. Ataukah kau akan menemukanku terkantuk kantuk saat mendengar keluhan dan ceritamu, bukan karena aku tak suka menjadi tempatmu menumpahkan segala rasamu, tapi karena semalam saat kau tertidur dengan nyenyak, aku tak sedetikpun tertidur karena harus menjaga malaikat kecil kita yang sedang rewel, dan ku tau kau letih mengais rezeki untuk kami maka tak ingin ku mengusik sedikit pun lelapmu.. Jadi jika esok pagi kau mendapatiku begitu letih dan ada lingkaran hitam di mataku, maka tetaplah tersenyum padaku, karena kau adalah kekuatanku..

Padamu yang menjadi nahkoda dalam hidupku kelak..

Ketahuilah, aku tak sesabar Fatimah, ada kalanya kau akan menemukanku begitu marah, menangis dan tak terkontrol, bukan karena ku membangkang padamu, tapi aku hanya wanita biasa, aku juga butuh tempat untuk menumpahkan beban di hatiku, tempat untuk melepaskan penatku, dan mungkin saat itu aku tak menemukanmu, atau kau begitu sibuk dengan pekerjaanmu, maka bersabarlah, yang ku butuhkan hanya pelukan dan belaianmu.. Karena bagiku kau adalah tetesan embun yang mampu memadamkan segala resahku..

Ataukah ada kalanya tanganku akan mencubit dan memukul pelan si kecil karena lelah dan penatku di tambh rengekannya yang tak habis-habisnya. Sungguh bukan karena ku ingin menyakitinya, tapi kadang aku kehabisan cara untuk menenangkan hatinya. Maka jangan membentakku karena telah menyakiti buah hati kita, tapi cukup kau usap kepalaku, dan bisikkan kata sayang di telingaku, karena dengan itu ku tau kau selalu menghargai semua yang ku lakukan untuk kalian, dan kau akan menemukanku menangis menyesali perlakuanku pada malaikat kita, dan aku akan merasakan ribuan kali rasa sakit dari cubitan yang ku berikan padanya, dan aku akan berjanji tak akan mengulanginya lagi..

Padamu yang menjadi imam dalam hidupku kelak..

Ketahuilah, aku tak secerdas aisyah.. Maka jangan pernah bosan mengajariku, membimbingku ke arah-Nya, walau kadang aku begitu bebal dan bodoh, tapi jangan pernah letih mengajariku.. Jangan segan membangunkanku di sepertiga malam untuk bersamamu bermunajat pada Kekasih yang Maha Kasih.. Jangan letih mengingatkanku untuk terus bersamamu mendulang pahala dalam amalan-amalan sunnah.. Bimbing tanganku ke JannahNya, agar kau dan aku tetap bersatu di dalamnya.

Padamu yang menjadi kekasih hati dan teman dalam hidupku..

Seiring berjalannya waktu, kau akan menemukan rambutku yang dulu hitam legam dan indah, akan menipis dan memutih. Kulitku yang bersih akan mulai keriput. Tanganku yang halus akan menjadi kasar.. Dan kau tak akan menemukanku sebagai wanita cantik, yang kau khitbah puluhan tahun yang lalu.. Bukan wanita muda yang selalu menyenangkan matamu.. Maka jangan pernah berpaling dariku.. Karena satu yang tak pernah berubah, bahkan sejak dulu akan terus bertambah dan kian membuncah, yaitu rasa cintaku padamu..

Ketahuilah.. Tiap harinya, tiap jam, menit dan detiknya, telah aku lewati dengan selalu jatuh cinta padamu..Maka, cintailah aku, dengan apa adanya aku.. Jangan berharap aku menjadi wanita sempurna.. Maafkan aku karena aku bukan putri.. Aku hanya wanita biasa..

sumber : facebook



ribuan terima kasih buat ustaz Aminmenulis kerana kesanggupan beliau. Jom jadi muslimah paling best! (^_^)
Comments: (4)
mengertilah ADAM..


Adam,mengertilah...
Hawa bukanlah insan yg kuat..
bukan juga insan yg bisa menahan nafsu..
tatkala diri diuji, Hawa sering tewas...
tewas dgn godaan syaitan & nafsu sendiri..

Adam,mengertilah...
sungguh, Hawa telah cuba melakukan yg terbaik..
agar diri ini tidak menjadi fitnah dunia...
telah Hawa cuba menjaga diri ini sebaik-baiknya..
Hawa sedaya upaya menjauhkan diri dari tabarruj..
perfume, make up, perhiasan...
telah Hawa elakkan sejauh-jauhnya..
namun mengapa masih Adam tertarik pd Hawa
yg serba kekurangan ini..

Adam,mengertilah...
Hawa ini berjiwa lembut...
sukar untuk Hawa menolak bila Adam meminta...
Hawa tau permintaan Adam
tak mungkin membawa Hawa ke kancah maksiat...
namun, Hawa lemah...
Hawa takut zina hati...

Adam,mengertilah...
setiap kali 'sms' diterima..
Hawa keliru...
ingin sekali Hawa membiarkan sahaja..
tapi Hawa akur tuntutan sahabat...
Hawa tewas...
Hawa reply juga...
mengenangkan Adam adalah sahabat....

Adam,mengertilah...
setiap layanan yg Hawa beri hanya sekadar membantu..
mungkin Hawa adalah antara kasih sayang Allah yg dikurniakan buat Adam..
memudahkan perjalanan hidup Adam..
jgn disalah tafsir apa yg Hawa berikan..

Adam,mengertilah...
Hawa mengharapkan Adam menjaga Hawa..
namun,bukanlah 'couple' yg Hawa pinta...
tp cukuplah sekadar tidak memandang Hawa..
cukuplah sekadar menghormati Hawa sebagai Hawa..
jgn dipinta apa yg tak mampu Hawa berikan..
kerana Hawa milik Allah sepenuhnya...
Comments: (0)
bismillah..banyakkan selawat dihari jumaat ni.. Ada nota lagi untuk Muslimah idaman..:)

Assalamualaikum buat pembaca serikandi sekalian.apa khabar imanmu hari ini?semua ok?Alhamdulillah..disaat entri ini sedang disiapkan lagu opick yang bertajuk "Bila Waktu Telah Berakhir" membuatkan ana rasa insaf..berulang kali dimainkan tanpa rasa jemu. kalau nak dengar klik kat title lagu tu ye..:)

pada entri yang lepas ana ada kaitkan Shabina Begum pasal bertudung kan?ramai yang bertanya pada ana siapakah Shabina Begum itu?(Oleh kerana nama kami sama) suka untuk ana menberitahu siapa sebenarnya disebalik nama ini..jom kita kenali beliau.

sekilas pandang remaja yang comel ini..










ok macam mana? comel kan..macam namanya juga..(^_^)

(cerita tentang Shabina)

Shabina Begum adalah seorang penuntut di Sekolah tinggi Denbigh di Luton Bedfordshire,England. Shabina telah menimbulkan kontorversi apabila enggan untuk memakai uniform rasmi sekolahnya sebaliknya menuntut hak sebagai Islam untuk memakai pakaian sekolah yang menutup seluruh tubuhnya(jilbab-dress labuh) mengikut syariatIslam.Sekolah tinggi Denbigh memepunyai 79% penuntut beragama Islam dan telah menyediakan 'alternative dress code' untuk penuntut perempuan Islam seperti 'Shalwar kameez '(busana asas orang pakistan dan punjabi),namun menurut laporan,panjang lengan 'Shalwar kameez' yang dibenarkan itu tidak benar-benar labuh dan seolah-olah berlengan pendek.Shabina dan penyokong-penyokong nya telah menolak busana itu.Shabina telah mengambil keputusan nekad untuk tidak ke sekolah selama 3 tahun selagi dia tidak dibenarkan memakai jilbab yang sempurna.

(Berikut adalah petikan kes Shabina di mahkamah)

''Begum, with her brother, issued a claim for judicial review of the school's decision not to allow her to wear the jilbab at school. The claim was made on the grounds that the school had interfered with her right to manifest her religion and her right to education (both rights enshrined in the European Convention on Human Rights). Begum lost the case in the high court, but later won on appeal to the Court of Appeal. The school appealed against this decision, and the case was heard by the Judicial Committee of the House of Lords. The Department for Education and Skills was allowed to make submissions in the hearing in the House of Lords. The House of Lords ruled in favour of the school. Begum was represented in the Court of Appeal and the House of Lords by Cherie Blair(Booth) QC.Lord Bingham of Cornhill stressed at the outset of his judgment that "this case concerns a particular pupil and a particular school in a particular place at a particular time. It must be resolved on facts which are now, for purposes of the appeal, agreed. The House is not, and could not be, invited to rule on whether Islamic dress, or any feature of Islamic dress, should or should not be permitted in the schools of this country".
The Law Lords took the view that a person's right to hold a particular religious belief was absolute (i.e. could not be interfered with), but that a person's right to manifest a particular religious belief was qualified (i.e. it could be interfered with if there was a justification). 3 of the 5 Law Lords held that Begum's rights had not been interfered with (Lord Bingham, Lord Scott of Foscote
and Lord Hoffmann), and 2 held that they had (Lord Nicholls of Birkenhead and Baroness Hale of Richmond). All 5 agreed, however, that in this particular case there were justifiable grounds for interference, one of the grounds being to protect the rights of other female students at the school who would not wish to be pressured into adopting a more extreme form of dress.''

(Salam Untuk Shabina Begum)

Sesibuk pagi pinggir kota,
desa London gamat bercerita,
puteri dara berjiwa sasa,
darah Bangladesh mengalir di tubuhnya
tiada beribu juga berbapa,

kental, cekal tuntut bela,
tiada gentar walau gawat derita,
dinul Islam pegangan jiwa
Shabina Begum pejuang muda,

Salam untuk Shabina Begum,
perjuangan bersambut,
tulus murni pertahan agama- maruah tercinta,
hanya jilbab punca utama,

Secukup usia baligh bertanda,
seluar kameez menutupi tubuhnya,
Denbigh bersama teman seusia,
menambah ilmu pengetahuan di dada,
sebagai bekalan di hari muka,

setiap bermula ada akhirnya,
begitulah adat resam dunia,
kegembiraannya hanyalah seketika,
sewaktu usia meningkat remaja,
jilbab mesti menutupi kepala,

tetapi...
apakan daya puteri ini,
gerangan peraturan sinis diragui,
meninggalkan sekolah yang disayangi lagi dirindui
apa yang pasti Islam tetap dimiliki

hak dan maruah perlu dipertahankan
kini bermulalah sebuah perjuangan
membuka mata wanita Islam
pertahan sebuah tuntutan
amanat Tuhan syariat Islam

Tika bermula episod perbicaraan,
mahkamah rayuan jadi pilihan,
wajah yang tak lekang dek senyuman,
zikir tak hilang dari ingatan,
kepada Rabbi segalanya diserahkan,

AllahuAkbar..AllahuAkbar...AllahuAkbar
Akhirnya perjuangan mendapat kemenangan
sujud bersyukur kepada Ar-Rahman
atas pertolongan yang telah diberikan
biarpun berdepan pelbagai rintangan
Islam pasti beroleh kejayaan
dan identiti terus dipertahankan
keranamu jilbab menghias diri
tidak kesal, keluh di hati
malah gembira menyelubungi diri
moga dicontohi juga diikuti
kisah tauladan pemudi yang berani

( sumber : Munirah-Bahari )

Nota Untuk Wanita : Ada orang yang begitu mempertahan tudung di kepala. Anda pula bagaimana? dengan rela hatinya "menanggalkan" tapa rasa malu. Bangunlah...ada sesuatu yang perlu untuk kita pertahankan..Ayuh bersama saya!