" Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s. a. w. akan hal tersebut, jawab Baginda s. a. w., "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia"-hadis

Nota Dari Istana

- "::.Notaku untuk dikongsi.::"


Assalamualaikum..Nota hari ini..tak ada apa yang best pun sebenarnya..ana cuma ambil dari email. artikel lama. Rasa macam best je kalau dikongsi sama2 dengan pembaca kan? ok jom baca kat bawah ni..

Kalau perempuan tidak boleh memasak,
dikutuk dan disuruh belajar.
Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja.
Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.

"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!"

Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawat kami. Maka jawablah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja. Setelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.

''Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat.

''Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala. Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak. Wanita sepatutnya buat begitu juga.

Syarat utama menjadi suami mesti boleh
menjadi imam. Walau ada yang kata, jika
itu syaratnya bermakna makin ramai
wanita yang hidup bujang seumur hidup.

Lelaki meletakkan kebolehan wanita di
dapur sebagai perkara utama dan
ungkapan
hendak memikat suami, perlu pikat
seleranya sering diguna pakai.

Tidak kiralah jika wanita itu
berpelajaran atau berjawatan tinggi dan
penyumbang utama kewangan dalam
rumahtangganya. Sekarang bukan asing
lagi gaji isteri lebih tinggi daripada
suami. Namun kedudukan suami sebagai
raja tidak pernah dilupa walau dia
tidak
mengambil inisiatif mempelajari ilmu
menjadi imam. Ilmu bermain video game
di
komputer mereka rasa lebih perlu.

Kalau tidak tahu memasak disuruh
belajar
dan sesudah belajar perlu handal. Jika
handal bukan setakat masak untuk
keluarga sendiri, kalau boleh perlu
boleh memasak untuk tiga pasukan bola.

Begitulah standard yang telah
ditetapkan. Bolehkah kita meletakkan
undang-undang itu kepada lelaki juga.
Kalau tidak pandai jadi imam,
belajarlah. Mula-mula jadi imam kepada
keluarga sendiri, sudah terror boleh
mengimam satu taman perumahan juga.

"Sibuk suruh kita handal memasak,
mereka
tu bolehkah jadi imam?" Dengus teman
wanita yang lain.

Betul juga. Berapa kerat lelaki yang
menjadikan sembahyang jemaah di rumah
bersama anak isteri sebagai agenda
utama, selain keperluan memenuhi
pelbagai seleranya? Maka bertanyalah
wanita kini kepada beberapa lelaki
tentang kebolehan yang satu ini.

Ternyata ramai yang menjawab tidak
confident menjadi imam sebab takut
bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah
tajwid atau pun dia merasakan isterinya
lebih handal. Ada yang kata lebih elok
dia dan isteri sembahyang
sendiri-sendiri. Ada juga menjawab,
rasa
kelakar pula apabila dirinya yang
rugged
menjadi imam.

Isu ini sepatutnya kita beratkan
sepertimana masyarakat memberatkan
wanita perlu pandai memasak jika mahu
bersuami. Lelaki juga harus boleh
menjadi imam supaya kewibawaan mereka
sebagai ketua keluarga tidak goyah atau
menjadi mangsa 'queen control'. Kalau
tidak pandai, belajarlah sekarang.

Jika wanita disuruh belajar, apa
salahnya lelaki!

Nota untuk kaum adam : nak yang terbaik kena jadi baik dulu okay?

Nota untuk wanita : disiplin diri. ikut jadual masak yang ditetapkan. Kalau time tu kita tak masak lagi jangan harap orang lain masak. Kesian orang lapar balik2 xda makanan. Jalankan tanggungjawab dengan baik. Sama2 nak stadi, sama2 nak belajar, sama2 nak berjaya tapi masing2 taknak membantu. tak seronok la hidup serumah. harap ada pihak yang faham. Ana sangat berkias2 ni. ok sekian.

7 comments:

Honeyz said...

salam sis.. ^_^

terbaik punye! hehe.. suke bace artikel ni.. sokong sangat2... kalau perempuan umpama diletakkan syarat pandai masak utk kahwin, seharusnye adil la kan, lelaki pn kena de syarat gak.. kena jadi imam solat.. nak2 plak, mmg ketua keluarga, pembimbing isteri, n contoh buat anak2.. tp tula, sygnya x ramai fikir, n seringkali diabaikan syrt utk lelaki tu (T_T)

minta izin utk copy ye.. =)

UmmuL SyabinaR said...

wslm sis...:)

cik Honeyz best tak kalau some one tu cakap "sudikah awak jadi makmun saya buat selamanya?"
hehe....

sila2 copy.

Pakcik.. said...

pedassssssss.. tapi sedap..!!
keep on writing..!!
thanks

nak jadi imam said...

macam pernah dibaca artikel ini..rasa-rasanya di sini http://zulikhwanzahari.blogspot.com/2010/03/terlalu-memilih.html

adakah ini artikel sendiri atau???

UmmuL SyabinaR said...

kan ana tulis tu..ana dapat email..bukan artikel dari ana..baca la betul2 sebelum pape k..syukran sudi singgah ke sini..moga beroleh sedikit manfaat.

ahmad said...

assalamualaikum...maaf ye...bila ana buka je facebook ternampak kat tpi tu nama enti ummul syabinar,ana try tgk rupa2nya tolibah azhariah..sedikit la ana kongsi untuk diri enti,,,apa yang enti cakap tu ana sokong 100 peratus,,apa kata bila enti nak kawen nnti letak la syarat kat bakal suami enti tu,macam mna??syarat pertama sekali mesti boleh jadi imam hahah dan sebagainya...orang kedah ke??

..ummul syabinar.. said...

wslm encik ahmad. maaf lah ana xsempat nk baca komen saudara. sememangnya itu adalah syarat bg setiap muslimah yang inginkan pasangan dalam hidupnya.. bukan ana sorang ja. ya ana org kedah.

Post a Comment