" Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s. a. w. akan hal tersebut, jawab Baginda s. a. w., "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia"-hadis

Nota Dari Istana

- "::.Notaku untuk dikongsi.::"

Comments: (3)


Nota untuk mereka yang berniqob :


Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan mahram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya. Harga diri wanita terlalu mahal. Ini kerana syariat telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga ke kaki. Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan dan berlian, ianya dibungkus dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci. Begitu juga diumpamakan dengan wanita, kerana wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak umum. Mereka masih boleh tampil di hadapan masyarakat bersesuaian dengan garisan syarak.

Wanita tidak sepatutnya mengorbankan maruah dan dirinya semata-mata untuk mengejar pangkat, darjat, nama, harta dan kemewahan dunia. Menyentuh berkenaan pakaian wanita, Alhamdulillah sekarang telah ramai wanita yang menjaga auratnya, sekurang-kurangnya dengan memakai tudung. Dapat kita saksikan di sana sini wanita mula memakai tudung. Pemakaian tudung penutup aurat sudah melanda dari peringkat bawahan hingga kepada peringkat atasan. Samada dari golongan pelajar-pelajar sekolah hinggalah kepada pekerja-pekerja pejabat-pejabat. Walaupun pelbagai gaya tudungdiperaga dan dipakai, namun pemakaiannya masih tidak lengkap dan sempurna. Masih lagi menampakkan batang leher, dada dan sebagainya. Ada yang memakai tudung, tetapi pada masa yang sama memakai kain belah bawah atau berseluar ketat dan sebagainya.


Pelbagai warna dan pelbagai fesyen tudung turut direka untuk wanita-wanita Islam kini. Ada rekaan tudung yang dipakai dengan songkok di dalamnya, dihias pula dengan kerongsang (broach) yang menarik. Labuci warna-warni dijahit pula di atasnya. Dan berbagai-bagai gaya lagi yang dipaparkan dalam majalah dan surat khabar fesyen untuk tudung. Rekaan itu kesemuanya bukan bertujuan untuk mengelakkan fitnah, sebaliknya menambahkan fitnah ke atas wanita. Walhal sepatutnya pakaian bagi seorang wanita mukmin ituadalah bukan sahaja menutup auratnya, malah sekaligus menutup maruahnya sebagai seorang wanita. Iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan wanita, dan tidak berhias-hias yang mana akan menjadikan daya tarikan kepada lelaki bukan mahramnya. Sekaligus pakaian boleh melindungi wanita dari menjadi bahan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab.

Bilamana wanita bertudung tetapi masih berhias-hias, maka terjadilah pakaian wanita Islam sekarang walaupun bertudung, tetapi semakin membesarkan riak dan bangga dalam diri. Sombong makin bertambah. Jalan mendabik dada. Terasa tudung kitalah yang paling cantik, up-to-date, sofistikated, bergaya, ada kelas dan sebagainya. Bertudung, tapi masih ingin bergaya.

Kesimpulannya, tudung yang kita pakai tidak membuahkan rasa kehambaan. Kita tidak merasakan diri ini hina, banyak berdosa dengan Tuhan mahupun dengan manusia. Kita tidak terasa bahawa menegakkan syariat dengan bertudung ini hanya satu amalan yang kecil yang mampu kita laksanakan. Kenapa hati mesti berbunga dan berbangga bila boleh memakai tudung? Ada orang bertudung tetapi lalai atau tidak bersembahyang. Ada orang yang bertudung tapi masih lagi berkepit dan keluar dengan teman lelaki. Ada orang bertudung yang masih terlibat dengan pergaulan bebas. Ada orang bertudung yang masih menyentuh tangan-tangan lelaki yang bukan mahramnya. Dan bermacam-macam lagi maksiat yang dibuat oleh orang-orang bertudung termasuk kes-kes besar seperti zina, khalwat dan sebagainya. Jadi, nilai tudung sudah dicemari oleh orang-orang yang sebegini. Orang Islam lain yang ingin ikut jejak orang-orangbertudung pun tersekat melihat sikap orang-orang yang mencemari hukum Islam. Mereka rasakan bertudung atau menutup aurat sama sahaja dengan tidak bertudung. Lebih baik tidak bertudung. Mereka rasa lebih bebas lagi. Orang-orang bukan Islam pula tawar hati untuk masuk Islam kerana sikap umat Islam yang tidak menjaga kemuliaan.

Diatas, adalah sedikit sebanyak menyentuh perihal bertudung dan berfesyen, dan disudut ini pula ingin saya bangkitkan satu lagi perihal beretudung wanita, seringkali saya terfikir, adakah berniqab itu dapat menjaga perihal maruah wanita??? Atau berniqab dapat menjaga diri wanita dari melakukan sesuatu perkara yg tidak menyenangkan??? Dan juga sekaligus dapat menangkis dari fitnah-fitnah???

Dalam hal ni, jauh sama sekali saya menjatuhkan martabah seorang wanita yang berniqab, malah saya ingin mengingatkan akan peri pentingnya seorang wanita menjaga hak-haknya sebagai seorang wanita… ya… dan sebetulnya cuba kita lihat di Negara arab, berapa ramai wanita menutup mukanya dengan berniqab, ada yang memakai tudung sehingga ke paras lutut, menutup kesemua anggota badan sehinggakan tidak menampakkan sedikit kulit pun, tidak lupa juga di Malaysia atau dimana sekali pun, ada sahaja yang menutup muka nya dengan berniqab…



Disini, saya ikhlas memberi komen, terutamanya pelajar2 yang berada diluar Negara, yang amat menunjukkan perihal yang kurang menyenangkan dengan perwatakan dan sebagainya, disini saya ingin menampilkan beberapa komen oleh golongan syabab yang bukan mahram :

1. berniqab hanya tidak mahu mukanya dilihat orang.

2. berniqab hanya menjaga mukanya dari hangus terbakar dek matahari yang panas.

3. berniqab kerana menjaga air muka dan tidak mahu diganggu oleh mana-mana lelaki.

4. berniqab kerana ingin berfesyen.

5. berniqab tapi tidak pandai menjaga hak-hak dan batas-batas seorang wanita, cth : berbual semene dengan lelaki, melompat kesana kemari, mulut dan percakapan tidak terbatas, dan sebagainya.

6. berniqab tapi pakaian menjolok mata.

7. berniqab kemudian menanggalkan sesuka hati

8. berniqab ketika sakit(sesak nafas,selsema dan sebagainya)

9. berniqab dan menjaga hak-hak kewanitaan dan menjauhi dari fitnah ( ini yg kita cari ).

Bagi saya, dan kami… baiklah mana2 wanita yang mempunyai perwatakan 1-8 itu, tinggalkan sahaja niqab anda, kerana anda golongan ketujuh terasa dan turut mendapat fitnah-fitnah yang tidak harus melekat kepadanya, setidaknya anda berubah dan berubah demi menjaga hak masing-masing… di akhir ini, saya ingin menceritakan kenapa tajuk ini dipilih Berniqab @ Menundukkan Pandangan? Ini kerana rasa hairan dan terfikirnya saya sebagai seorang mukmin, yang peka akan persekitaran, sekali saya melangkah ke university setibanya disana, saya terserempak dengan beberapa orang akhawat yg berniqab dan ada juga yang tidak berniqab, malah bagi saya, saya lebih respect akan yg tidak berniqab, kerana dapat menundukkan pandangannya dari melihat mana-mana lelaki yang terserempak dengannya, malah yg amat menghairankan saya, ada dikalangan yang berniqab ini, matanya hanya Allah sahaja yang tahu melilau entah kemana…. ( cerita ini hanya utk peringatan kepada golongan 1-8 tersebut ) semoga Allah merahmati kita semua… Ameen…

( Maaf kepada yang tersinggung, dan bukan ingin menjatuhkan mana-mana pihak ).







dipetik dari artikel bertajuk :

Berniqab @ Menundukkan Pandangan?

Comments: (0)
mahukan kalian tergolong dari golongan isteri yang mulia?wasiat untukmu ukhti...


Berikut ini adalah sepuluh wasiat untuk wanita, untuk isteri, untuk ibu rumah tangga dan ibunya anak-anak yang ingin menjadikan rumahnya sebagai pondok yang tenang dan tempat aman yang dipenuhi cinta dan kasih sayang, ketenangan dan kelembutan.

Wahai wanita mukminah..

Sepuluh wasiat ini aku persembahkan untukmu, yang dengannya engkau membuat redha Tuhanmu, engkau dapat membahagiakan suamimu dan engkau dapat menjaga takhtamu. Insya Allah...


~* Wasiat Pertama: Takwa kepada Allah dan menjauhi maksiat

Sesungguhnya kemaksiatan menghancurkan negeri dan menggoncangkan kerajaan, dan sudah tentu dapat menggoncangkan rumahmu.

Wahai hamba Allah… Jagalah Allah nescaya Dia akan menjagamu dan menjaga untukmu suamimu dan rumahmu. Sesungguhnya ketaatan akan mengumpulkan hati dan mempersatukannya, sedangkan kemaksiatan akan mengoyak hati dan mencerai-beraikan keutuhannya. Maka hati-hatilah wahai saudariku muslimah dari berbuat maksiat, antara lain :

- Meninggalkan solat atau mengakhirkannya atau menunaikannya dengan cara yang tidak benar. Duduk di majlis ghibah dan namimah, berbuat riya’ dan sum’ah.

- Menjelekkan dan mengejek orang lain.
Allah berfirman:
“ Wahai orang-orang yang beriman, janganlah suatu kaum mengolok-olokkan kaum yang lain (karena) boleh jadi mereka (yang diolok-olokkan) lebih baik dari mereka (yang mengolok-olokkan) dan janganlah wanita-wanita (mengolok-olokkan) wanita lain (karena) boleh jadi wanita-wanita (yang diperolok-olokkan) lebih baik dari wanita (yang mengolok-olokkan). ” (QS. Al Hujuraat: 11)

- Keluar menuju pasar tanpa kepentingan yang sangat mendesak dan tanpa didampingi mahram.
Nabi sollallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
“ Negeri yang paling dicintai Allah adalah masjid-masjidnya dan negeri yang paling dibenci Allah adalah pasar-pasarnya. ”

- Mendidik anak dengan pendidikan barat atau menyerahkan pendidikan anak kepada para pembantu dan pendidik-pendidik yang kafir.

- Meniru wanita-wanita kafir.
Nabi sollallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
“ Siapa yang menyerupai suatu kaum maka ia termasuk golongan mereka. ”

- Menyaksikan film-film porno dan mendengarkan nyanyian yang melalaikan.

- Membaca majalah-majalah (menonton acara) lawakan/humor.

- Membiarkan pemandu dan pembantu masuk ke dalam rumah tanpa kepentingan mendesak.

- Membiarkan suami dalam kemaksiatannya.

- Bersahabat dengan wanita-wantia fajir dan fasik.
Nabi sollallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
“ Seseorang itu menurut agama temannya. ”

- Tabarruj (pamer kecantikan) dan sufur (membuka wajah)


~* Wasiat kedua: Berupaya mengenal dan memahami suami

Hendaknya seorang isteri berupaya memahami suaminya. Ia tahu apa yang disukai suami maka ia berusaha memenuhinya. Dan ia tahu apa yang dibenci suami maka ia berupaya untuk menjauhinya, dengan catatan selama tidak dalam perkara maksiat kepada Allah, karena tidak ada ketaatan kepada makhluk dalam bermaksiat kepada Al Khaliq (Allah Ta`ala).


~* Wasiat ketiga: Ketaatan yang nyata kepada suami dan bergaul dengan baik

Sesungguhnya hak suami atas istrinya itu besar. Rasulullah sollallahu ‘alaihi wasallam bersabda:“ Seandainya aku boleh memerintahkan seseorang untuk sujud kepada orang lain nescaya aku perintahkan isteri untuk sujud kepada suaminya. ”

Hak suami yang pertama adalah ditaati dalam perkara yang bukan maksiat kepada Allah dan baik dalam bergaul dengannya serta tidak menderhakainya. Bersabda Rasulullah sollallahu ‘alaihi wasallam:

"Dua golongan yang shoatnya tidak akan melewati kepalanya, yaitu budak yang lari dari tuannya hingga ia kembali dan isteri yang derhaka kepada suaminya hingga ia kembali. ”

Kerana itulah Aisyah Ummul Mukminin berkata dalam memberi nasihat kepada para wanita:
“ Wahai sekalian wanita, seandainya kalian mengetahui hak suami-suami kalian atas diri kalian nescaya akan ada seorang wanita di antara kalian yang mengusap debu dari kedua kaki suaminya dengan pipinya. ”

Engkau termasuk sebaik-baik wanita!!

Dengan ketaatanmu kepada suamimu dan baiknya pergaulanmu terhadapnya engkau akan menjadi sebaik-baik wanita dengan izin Allah. Pernah ada yang bertanya kepada Rasulullah sollallahu ‘alaihi wasallam:
“ Wanita bagaimanakah yang terbaik? ” Beliau menjawab: “ Yang menyenangkan suami ketika dipandang, taat kepada suami jika diperintah dan ia tidak menyalahi pada dirinya dan hartanya dengan yang tidak disukai suaminya. ” (Isnadnya hasan)

Ketahuilah, engkau termasuk penduduk surga dengan izin Allah, jika engkau bertakwa kepada Allah dan taat kepada suamimu, berdasarkan sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam:
“ Bila seorang wanita solat lima waktu, puasa pada bulan Ramadlan, menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya, ia akan masuk syurga dari pintu mana saja yang ia inginkan. ” (HR. Ahmad)


~* Wasiat keempat: Bersikap qana’ah (merasa cukup)

Kami menginginkan wanita muslimah redha dengan apa yang diberikan (suami) untuknya baik itu sedikit ataupun banyak. Maka janganlah ia menuntut di luar kesanggupan suaminya atau meminta sesuatu yang tidak perlu. Dalam riwayat disebutkan “ Wanita yang paling besar barakahnya, Wahai siapa gerangan wanita itu?! Apakah dia yang menghambur-hamburkan harta menuruti selera syahwatnya dan mengenyangkan keinginannya? Ataukah dia yang biasa mengenakan pakaian termahal walau suaminya harus berhutang kepada teman-temannya untuk membayar harganya?! ”
Sekali-kali tidak… demi Allah, namun (mereka adalah):
“ Wanita yang paling besar barakahnya adalah yang paling ringan maharnya. ”

Renungkanlah wahai suadariku muslimah adabnya wanita salaf radliallahu ‘anhunna… Salah seorang dari mereka bila suaminya hendak keluar rumah ia mewasiatkan satu wasiat padanya. Apa wasiatnya? Ia berkata kepada sang suami: “ Hati-hatilah engkau wahai suamiku dari penghasilan yang haram, kerana kami mampu bersabar dari rasa lapar namun kami tidak mampu sabar dari api neraka… ”


~* Wasiat kelima: Baik dalam mengatur urusan rumah

seperti mendidik anak-anak dan tidak menyerahkannya pada pembantu, menjaga kebersihan rumah dan menyusunnya dengan baik dan menyiapkan makan pada waktunya.

Termasuk pengaturan yang baik adalah isteri membelanjakan harta suaminya pada tempatnya (dengan baik), maka ia tidak berlebih-lebihan dalam perhiasan dan alat-alat kecantikan.


~* Wasiat keenam: Baik dalam bergaul dengan keluarga suami

dan kerabat-kerabatnya, khususnya dengan ibu suami sebagai orang yang paling dekat dengannya. "bekkhawin dengan suami beerti berkahwin dengan seluruh keluarganya suami"

Wajib bagimu untuk menampakkan kecintaan kepadanya, bersikap lembut, menunjukkan rasa hormat, bersabar atas kekeliruannya dan engkau melaksanakan semua perintahnya selama tidak bermaksiat kepada Allah semampumu.
Berapa banyak rumah tangga yang masuk padanya pertikaian dan perselisihan disebabkan buruknya sikap istri terhadap ibu suaminya dan tidak adanya perhatian akan haknya. Ingatlah wahai hamba Allah, sesungguhnya yang bergadang dan memelihara pria yang sekarang menjadi suamimu adalah ibu ini, maka jagalah dia atas kesungguhannya dan hargailah apa yang telah dilakukannya. Semoga Allah menjaga dan memeliharamu. Maka adakah balasan bagi kebaikan selain kebaikan?


~* Wasiat ketujuh: Menyertai suami dalam perasaannya dan turut merasakan duka cita dan kesedihannya.

Jika engkau ingin hidup dalam hati suamimu maka sertailah dia dalam duka cita dan kesedihannya. Aku ingin mengingatkan engkau dengan seorang wanita yang terus hidup dalam hati suaminya sampaipun ia telah meninggal dunia. Tahun-tahun yang terus berganti tidak dapat mengikis kecintaan sang suami padanya dan panjangnya masa tidak dapat menghapus kenangan bersamanya di hati suami. Bahkan ia terus mengenangnya dan bertutur tentang adilnya dalam ujian, kesulitan dan musibah yang dihadapi.


~* Wasiat kelapan: Bersyukur (berterima kasih) kepada suami atas kebaikannya dan tidak melupakan keutamaannya.

Siapa yang tidak tahu berterimakasih kepada manusia, ia tidak akan dapat bersyukur kepada Allah. Maka janganlah meniru wanita yang jika suaminya berbuat kebaikan padanya sepanjang masa (tahun), kemudian ia melihat sedikit kesalahan dari suaminya, ia berkata: “ Aku sama sekali tidak melihat kebaikan darimu… ”
Nabi sollallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda:
“ Wahai sekalian wanita bersedekahlah karena aku melihat mayoritas penduduk nereka adalah kalian. ”
Maka mereka (para wanita) berkata: “ Ya Rasulullah kepada demikian? ” Beliau menjawab: “ Karena kalian banyak melaknat dan mengkufuri kebaikan suami kalian. ”

Mengkufuri kebaikan suami adalah menentang keutamaan suami dan tidak menunaikan haknya.

Wahai isteri yang mulia.. Rasa terima kasih pada suami dapat engkau tunjukkan dengan senyuman manis di wajahmu yang menimbulkan kesan di hatinya, hingga terasa ringan baginya kesulitan yang dijumpai dalam pekerjaannya. Atau engkau ungkapkan dengan kata-kata cinta yang memikat yang dapat menyegarkan kembali cintamu dalam hatinya. Atau memaafkan kesalahan dan kekurangannya dalam menunaikan hakmu. Namun di mana bandingan kesalahan itu dengan lautan keutamaan dan kebaikannya padamu.

Nabi sollallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
“ Allah tidak akan melihat kepada isteri yang tidak tahu bersyukur kepada suaminya dan ia tidak merasa cukup darinya. ”


~* Wasiat kesembilan: Menyimpan rahasia suami dan menutupi kekurangannya (aibnya).

Isteri adalah tempat rahsia suami dan orang yang paling dekat dengannya serta paling tahu kekhususannya (yang paling peribadi dari diri suami). Bila menyebarkan rahsia merupakan sifat yang tercela untuk dilakukan oleh siapa pun maka dari sisi isteri lebih besar dan lebih terkutuk lagi.

Sesungguhnya majlis persatuan dari sebagian wanita tidak luput dari membuka dan menyebarkan aib-aib suami atau sebagian rahsianya. Ini merupakan bahaya besar dan dosa yang besar. Kerana itulah ketika salah seorang isteri Nabi sollallahu ‘alaihi wasallam menyebarkan satu rahsia beliau, datang hukuman keras. Rasulullah sollallahu ‘alaihi wasallam bersumpah untuk tidak mendekati isteri tersebut selama satu bulan penuh.
Allah Azza wa Jalla menurunkan ayat-Nya berkenaan dengan peristiwa tersebut.
“ Dan ingatlah ketika Nabi membicarakan secara rahasia kepada salah seorang dari isteri-isterinya suatu peristiwa. Maka tatkala si istri menceritakan peristiwa itu (kepada yang lain), dan Allah memberitahukan hal itu kepada Muhammad lalu Muhammad memberitahukan sebagian (yang diberitakan Allah kepada beliau) dan menyembunyikan sebagian yang lain. ” (QS. At Tahriim: 3)

Oleh kerana itu, wahai saudariku muslimah, simpanlah rahsia-rahsia suamimu, tutuplah aibnya dan jangan engkau tampakkan kecuali kerana maslahat yang syar’i seperti mengadukan perbuatan zalim kepada Hakim atau Mufti (ahli fatwa) atau orang yang engkau harapkan nasihatnya. Sebagimana yang dilakukan Hindun radliallahu ‘anha di sisi Rasulullah sollallahu ‘alaihi wasallam. Hindun berkata: “ Abu Sufyan adalah lelaki yang kedekutr,d ia tidak memberiku apa yang mencukupiku dan anak-anakku. Apakah boleh aku mengambil dari hartanya tanpa izinnya?! ” Rasulullah sollallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “ Ambillah yang mencukupimu dan anakmu dengan cara yang ma`ruf. ”

Cukup bagimu wahai saudariku muslimah sabda Rasulullah sollallahu ‘alaihi wasallam:
“ Sesungguhnya termasuk seburuk-buruk kedudukan manusia pada hari kiamat di sisi Allah adalah lelaki yang bersetubuh dengan isterinya dan isteri yang bersetubuh dengan suaminya, kemudian salah seorang dari keduanya menyebarkan rahasia pasangannya. ”


~* Wasiat terakhir: Kecerdasan dan kecerdikan serta berhati-hati dari kesalahan-kesalahan.

- Termasuk kesalahan adalah: Seorang isteri menceritakan dan menggambarkan kecantikan sebagian wanita yang dikenalnya kepada suaminya, padahal Rasulullah sollallahu ‘alaihi wasallam telah melarang yang demikian itu dengan sabdanya:

“ Janganlah seorang wanita bergaul dengan wanita lain lalu ia mensifatkan wanita itu kepada suaminya sehingga seakan-akan suaminya melihatnya. ”
Hikmah dari larangan itu kerana tidak membuatkan suami kagum orang yang diceritakan terhadap wanita yang sedang digambarkan, maka hatinya tergantung dengannya (menerawang membayangkannya) sehingga ia jatuh kedalam fitnah. Terkadang yang menceritakan itu adalah isterinya, sebagaimana dalam hadis dia atas maka boleh jadi hal itu menyebabkan kepada perceraiannya. Menceritakan kebagusan wanita lain kepada suami mengandung kerosakan-kerosakan yang tidak terpuji akibatnya.

- Termasuk kesalahan adalah apa yang dilakukan sebagian besar isteri ketika suaminya baru kembali dari bekerja. Belum lagi si suami duduk dengan selesa, ia sudah mengingatkannya tentang keperluan rumah, pembahagian, tunggakan-tunggakan dan perbelanjaan anak-anak. Dan biasanya suami tidak menolak pembicaraan seperti ini, akan tetapi seharusnyalah seorang isteri memilih waktu yang tepat untuk menyampaikannya.

- Termasuk kesalahan adalah memakai pakaian yang paling bagus dan berhias dengan hiasan yang paling bagus ketika keluar rumah. sedangkan di hadapan suami, tidak ada kecantikan dan tidak ada perhiasan.

Dan masih banyak lagi kesalahan lain yang menjadi mengelak (penghalang) bagi suami untuk menikmati kesenangan dengan isterinya. Isteri yang cerdik adalah yang menjauhi semua kesalahan itu.

Comments: (0)

Assalamualaikum akhawat semua..

Baru2 ni ana ada dapat satu keluhan dari segelintir pembaca Nota Dari Istana yang ana terima dari "Yahoo-M". antaranya :

(1) "ala akak..susahnya ada musik takleh nak pause/play"

(2) "letak la lagu yang senang nak pause.."

(3) "kan bagus kalau ada tempat pause,boleh baca dengan tanpa gangguan"

(4) "bestla nasyid ni..tenang je hati mendengar.."-ayat perli

(5) "susah nak tengok video la kak sya.."

dengan ini ana amatlah menitikberatkan keluhan dari kalian semua ^_^ dah tukar themeSong blog baru. lepas ni,nak buat apa pun silakan..huhu

sedikit promo tentang video klip ini :

-pernah dimuatkan sebagai entri : Nasihat Adik Kakak



Wahai kakakku,
Kenapakah Lemah,
Sungguh Kaum Hawa Itu,
Asyik Berteman Tangis Dan Sendu Sahaja.

Wahai Adikku,
Bukan Wanita Itu Lemah,
Dek Kerana Tangis Dan Sendunya,
Tetapi Disitulah Wahai Adikku,
Kematan Bisa Meleburkan Ego Seorang Lelaki.

Menjadi Izzah Yang Paling Gah,
Kerana Sendu Rayunya,
Musa A.S. Terselamat Dari Kekejaman Firaun.

Duhai Adikku,
Lembut Wanita Itu Bukan Lemah,
Tetapi Senjata,

Namun Wahai Kakakku,
Wanita Itu Fitnah Dunia,
Pernahkah Adikku Dengar,
Pesanan Ilahi Pada Hambanya,
Wahai Lelaki-Lelaki Yang Beriman,
Tundukkanlah Pandanganmu,
Dan Tutupkanlah Auratmu.

Cuba Adik Nilai,
Pada Siapa Terlebih Dahulu Allah,
Dahulukan Pesanannya?,
Pada Hamba Yang Bergelar Ar-Rijal,
Kerana Andai Si Lelaki Menjaga,
Pandangannya Maka Tidak Mungkin,
Terlihat Akan Wanita Yang Menjadi Fitnah,
Pada Dirinya Agar Memelihara Auratnya,
Kerana Disitulah Kehormatanya,
Bukan Fitnah Semata-Mata.

Jikalau Ar-Rijal Dan An-Nisa,
Sama-sama Mematuhi Pesanan Ilahi Itu,
Sesungguhnya Wanita,
Yang Beriman Yang Solehah,
Itu Lebih Baik Dari Ribuan Lelaki Yang Soleh.

Tapi Kakakku,
Kenapa Wanita Itu,
Menjadi Peragaan?,
Tidakkah Mereka Merasa Malu??..

Wahai Adikku Sayang,
Al-Haya (Sifat Malu),
Ada Dalam Diri setiap Insan,
Dengan Nafas Insani Dan Al-Haya Itulah,
Pakaian Iman,
Pada Diri Wanita Itu,
Indah al-Haya Sebagai Pembenteng Diri.

Namun Bila Mana Al-Haya Itu Lebur,
Imannya Runtuh,
Kenapa Mereka Merelakan Diri Menjadi Peragaan?,
Kenapa Mereka Sebenarnya Parandid,
Merasakan Diri Belum Cukup Menarik,
Mereka sebenarnya Yang Kalah,
Dari Segi Psikologi.

Namun Adikku,
Wanita Solehah Itu,
Pasti Melindungi Diri Mereka,
Dari Perbuatan Murahan Itu.

Wahai Adikku,
1001 Keindahan Penciptaan Wanita,
Pandai-padailah Adik Menilai,
Antara Permata Dan Debu-Debu Kilauan Pasir,

Wahai Adikku,
Janganlah Adik Gusar,
Tatkanlah Tiada Lelaki yang Hadir Memetikmu,
Dan Jangan Engkau Sekali-kali Merendahkan Dirimu,
Mengugurkan Diri.... Menyembah Tanah.....
Sedangkan Engkau Sebenarnya Telah Allah Jadikan.
Begitu Tinggi Martabatmu.....

nota : jujurlah kalian untuk menegak keadilan. jangan berselindung dengan bayangan hitam dan akhirnya buat kita saling membenci.

Comments: (0)


wahai adikku yang manis..^_^
sekarang kamu sudah meningkat dewasa
Jaga diri baik-baik ye..
kakak berpesan kerana..
Kamu kan perempuan
kakak juga perempuan..
Jadilah perempuan yang solehah
anak yang solehah..
taat pada ibu dan ayah..
taat pada guru..
hormati pada orang yang lebih tua..
wahai adik perempuanku..
Kamu juga masih sekolah rendah..
di sekolah menengah..
di matrik..
di awal universiti..
apa jua bidang yang kamu pelajari..
Jadilah siswa yang teladan
jangan kamu meneladani orang lain..
kerana disitulah letaknya sumber pahala bagimu..



Untuk kakakku yang cantik..^_^
Jadilah wanita yang solehah juga
Kakak kan sudah kerja
Jadilah pekerja yang rajin..
pekerja yang mencari kerja dan sumber rezeki yang halal..
seorang yang boleh memberi manfaat pada orang lain..
seorang yang bisa membayar hutang budi dan jasa pada ayahbonda..
kerana di bawah telapak kaki ibu itu ada syurga bagimu..
kakak..
seandainya kamu sudah menikah..
hormatilah suamimu..
taati segala perintahnya selagi tidak melanggar batas islam..
kerana disitulah letaknya syurgamu..


Nota buat adikku..kakakku seislam..kita adalah bersaudara..oleh itu,saya sangat mencintai kalian.


Comments: (0)

ada nota untuk sahabat2ku yang bergelar wanita.

biar cantik rupa dan hati
sebagai penyeri keluarga dan suami
Ilmu dan amal teguh di sanubari
tak undur mengalah menempuh hari
indah di sana syurga menanti
buatmu sahabat yang bergelar puteri


Hawa,

Sedarkah engkau sebelum datangnya sinar Islam, kita dizalimi? hak kita dicerobohi? kita ditanam hidup-hidup? tiada penghormatan walau secebis oleh kaum Adam, tiada nilaian di mata Adam… kita hanya sebagai alat untuk memuaskan hawa nafsu mereka. Tapi kini… rahmat Islam menyelubungi alam, sinar Islam berkembang, darjat kita diangkat, maruah kita terpelihara, kita dihargai dan di pandang mulia dan mendapat tempat di sisi Allah sehingga tiada sebaik-baik hiasan di dunia ini melainkan wanita solehah.

Wahai Hawa,

Kenapa engkau tidak menghargai nikmat iman dan Islam itu? Kenapa mesti engkau kaku dalam mentaati ajaranNya? Kenapa masih segan mengamalkan isi kandungannya? dan Kenapa masih was-was dalam mematuhi perintahNya?

Wahai Hawa,

Tangan yang menggoncang buaian bisa menggoncang dunia, sedarlah hawa kau bisa menggoncang dunia dengan melahirkan manusia yang hebat… yakni yang soleh solehah… kau bisa mengegar dunia dengan menjadi isteri yang taat serta memberi dorongan dan sokongan pada suami yang sejati dalam menegakkan Islam di mata dunia... Tapi hawa jangan sesekali kau cuba menggoncang keimanan lelaki dengan lembut tuturmu, dengan ayu wajahmu, dengan lengguk tubuhmu. Jangan kau menghentak-hentak kakimu untuk menyatakan kehadiranmu. Jangan Hawa, jangan sesekali cuba menarik perhatian kaum Adam yang bukan suamimu. Jangan sesekali menggoda lelaki yang bukan suamimu, kerna ia mengundang kemurkaan dan kebencian Allah. Sedarlah kerana ia hanya memberi kegembiraan pada syaitan… kerana wanita adalah jala syaitan, alat yang di eksploitasikan oleh syaitan dalam menyesatkan Adam



Hawa,

Andai engkau masih remaja, jadilah anak yang solehah buat kedua ibubapamu, andai engkau sudah bersuami jadilah isteri yang meringankan beban suamimu, andai engkau seorang ibu didiklah anakmu sehingga ia tak gentar memperjuangkan ad-din Allah.

Hawa,

Andai engkau belum berkahwin, jangan kau risau akan jodohmu, ingatlah hawa janji tuhan kita, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan menggadaikan maruahmu hanya semata-mata kerana seorang lelaki, jangan memakai pakaian yang menampakkan susuk tubuhmu hanya untuk menarik perhatian dan memikat kaum lelaki, kerana kau bukan memancing hatinya tapi merangsang nafsunya. Jangan memulakan pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana khuatir dari mata turun ke hati, dari senyuman membawa ke salam, dari salam cenderung kepada pertemuan dan dari pertemuaan….. takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.

Hawa,

Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya, lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuaannya, kemanjaannya, serta kemampuannya menggoncang iman mereka. Tetapi hawa, lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya, dan ad-dinnya. Lelaki yang baik tidak menginginkan sebuah pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut menberi kesempatan pada syaitan untuk menggodanya. Lelaki yang warak juga tak mahu bermain cinta sebabnya dia tahu apa matlamat dalam sebuah hubungan antara lelaki dan wanita… yakni perkahwinan.

Oleh itu Hawa,

Jagalah pandanganmu, jagalah pakaianmu, jagalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu. Andai kata ditakdirkan tiada cinta dari Adam untukmu, cukuplah hanya cinta Allah menyinari dan memenuhi jiwamu, biarlah hanya cinta kedua ibubapamu yang memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta adik beradik serta keluarga yang akan membahagiakan dirimu.

Hawa,

Cintailah Allah di kala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta dari insan yang juga menyintai Allah. Cintailah kedua ibubapamu kerana kau akan perolehi keredhaan Allah. Cintailah keluargamu kerana tiada cinta selain cinta keluarga.

Hawa,

Ingatanku yang terakhir, biarlah tangan yang menggoncang buaian ini bisa menggoncang dunia dalam mencapai keredhaan Illahi. Jangan sesekali tangan ini juga yang menggoncang keimanan kaum Adam, kerana pasti aku akan sukar menerimanya…


dipetik dari :http://suterasiapa.blogspot.com/



Assalamualaikum..ada nota untuk di kongsi..tak keberatan bacalah..free je..tak payah bayar pun..^_^


Bismillahirrahmanirrahim....

5 Tips Berurusan Dengan Lelaki Ajnabi



1. Elakkan berurusan dengan lelaki.
Kalau ada peluang untuk minta tolong dengan perempuan, mintalah tolong dari perempuan. Disebabkan limitation kemampuan perempuan seperti repair kereta, repair laptop dan lain2, maka terpaksalah minta tolong dari orang lelaki.


2. Kalau terpaksa contact orang lelaki, gunakanlah medium perantaraan dalam bentuk tulisan, seperti SMS, email, atau nota kecil. Gunakan perkataan-perkataan formal, bukan bahasa pasar.
Contoh:
Maaf, (bukan sorrie..).., Terima kasih (bukan time kaceh)... Lagi satu halnya la buat smiley face ke (^_^).., gelak2 ke (hihihih), dan lain2 yg kurang berfaedah. Elakkan bercakap melalui telefon kalau belum desperate. Ini kerana suara wanita amat lunak dan boleh menggetarkan jiwa lelaki. Sampai Allah pun kena sound kat orang pempuan supaya keraskan suara. Rujuk qur’an surah Al-Ahzab ayat 32:

“ Wahai isteri2 nabi, kamu bukanlah seperti perempuan-perempuan lain jika kamu bertaqwa. Maka jangan lah lemah lembutkan suara dalam berbicara, sehingga bangkit nafsu orang yang ada penyakit dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan yang baik ”

Kalau rasa ayat ni ditujukan kepada istri-istri nabi saja, lembut-lembutkanlah suaramu dan lihatlah kesannya. Apabila arahan ini diberi kepada istri-istri nabi, sepatutnya kita juga menyahut seruan itu untuk mencapai drajat yang sama seperti mereka, drajat wanita-wanita yang bertaqwa dan drajat wanita-wanita yang terpilih. Best kan?


3. Tundukkan hati.
Apabila terpaksa berurusan dengan lelaki, kita sepatutnya merasa bulu roma kita meremang (merinding), kerana takut pada Allah. Kita sangat takut sekiranya disebabkan kita, lelaki ini tertarik kepada kita. Waktu berdepan dengan lelakki itu, banyak-banyak lah berdoa, “ Ya Allah, janganlah Kau buatkan lelaki ini tertarik kepadaku. Jauhkan pandangannya dari panahan syaitan. ”


4. Tundukkan pandangan.
Jangan tertipu dengan matapelajaran communication skills yangg kita belajar kat uni dulu ; “ make eye contact with the person you’re talking to ”. bende itu applicable kalau kita berbicara dengan orang yang sama saja. Kalau ada eye contact dengan orang yang berlainan jenis, kita akan mendapati theory “dari mata turun ke hati” itu betul. so, be careful dengan pandangan mata. Para sahabat dulu pun, Allah perintahkan supaya tahan pandangan apabila mereka berurusan dengan istri-istri nabi.
Lihat surah al-ahzab ayat 53

“ ….Apabila kamu meminta sesuatu dari istri-astri nabi, mintalah dari belakang tabir. Itu lebih suci bagi hatimu dan hati mereka.. ”

Kita bukan disuruh membawa tabir ke mana-mana kita pergi. kalau susah sekali jaga pandangan (pandangan mata), tutuplah pandangan dengan buku, dengan file atau dengan sapa saja yang bisa membantu kita untuk menutup pandangan kita. Kita lihat betapa Allah sangat ambil berat masalah hati para sahabat n istri-istri nabi supaya mereka tak mati ke dalam kemungkaran. Kalau kita pun jadi sehebat orang, kenalah buat apa yg diorang buat. Takkan nk tunggu Allah sebut nama kita dlm Qur’an baru nk buat kot. Cth: “Wahai Cik Ain.. taatilah suamimu…” Isk2. tak layak nye..


5. Cepatkan urusan.
Ini mungkin applicable kepada students atau orang yang sudah bekerja yang terpaksa berurusan dengan team mata lelaki. Sudahah tak bisa dipungkiri, dia menjadi team kita. So, apa-apa kerja yang akan dibuat bersama, ya buat sebatas kerja itu saja. takyah nak borak2, tanya hal peribadilah, gelak2 lah, buat lawaklah.. tak perlu tak perlu. Siapkan keje cepat2, then pergi. Perbincangan buatlah di tempat yg proper dan berurusanlah secara professional.

Semoga bermanfaat dan semoga kita dikenali sebagai wanita mu’minah yang ada identity, yang taat pada perintah Allah dan takutkan hari pembalasan. Semoga tidak melalaikan diri kita dan org yg menerimanya. Jaga diri, hiasi peribadi....


comel kan tips kat atas ni? cuba la buat..kita pasti jadi wanita hebat..(^_^)
Comments: (0)

Assalamualaikum semua..^_^

Semasa dalam perjalanan ke Masjid Azhar semalam ana ternampak satu wajah..cantik sangat wajah itu..cuba teka siapa? WANITA..seorang perempuan dipapar di suatu papan iklan..tiba-tiba ana terfikir dalam hati kecil ini : "begitu wanita amat dihargai..dihargai dengan harga yang murah" kalau kita fikirkan semula Banyak sekali lagu-lagu yang bertema wanita, menyanjunginya, memujinya setinggi langit. Keindahan wanita digambarkan dalam banyak lagu dan puisi. Bahkan seorang penyanyi terkenal dalam sebuah lagunya menyatakan wanita sebagai syaitan yang menarik ke dalam neraka yang asyik. Sebegitu hebatkah wanita? Para pelukis terkenal pun tidak ketinggalan menjadikan wanita sebagai objeknya.

Di dalam Al-Qur’an pun digambarkan,

Dijadikan indah pada pandangan manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak, dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi ALLAH lah tempat kembali yang baik.
(QS. Ali ‘Imran: 14)

Kerana keindahannya itulah, wanita dieksploitasikan. Foto-foto wanita bertebaran dimana-mana dengan gaya apapun. Hanya sedikit iklan produk yang tidak menyertakan wanita sebagai ikonnya. Wanita menjadi hujung tombak pemasaran sebagai penarik minat pelanggan seterusnya menjadi daya tarikan sesiapa sahaja yang melihatnya. Ini menjadi bukti bahawa wanita ditendang seperti bola. Sekejap ke kaki pemain itu dan sekejap ke kaki pemain yang lain.


Sedarkah wanita menjadi objek yang dimanfaatkan untuk kepentingan syahwat? dijadikan sebagai sumber pendapatan dan dijadikan sebagai insan yang dipijak bawah tapak kaki sahaja?

Rasulullah Sallallahu Alayhi wa Sallam bersabda:

Aku melihat ke dalam syurga maka aku melihat kebanyakan penduduknya adalah fuqara (orang-orang fakir), dan aku melihat ke dalam neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penduduknya adalah wanita.
(HR. Bukhari dan Muslim dari Ibnu Abbas dan ‘Imran serta selain keduanya)

Dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya mereka telanjang, melenggak-lenggokkan kepala mereka karena sombong dan berpaling dari ketaatan kepada ALLAH dan suaminya, kepala mereka seakan-akan seperti punuk unta. Mereka tidak masuk syurga dan tidak mendapatkan wanginya syurga padahal wanginya boleh didapati dari jarak perjalanan sekian dan sekian.
(HR. Muslim dan Ahmad dari Abu Hurairah radliyallahu ‘anhu)

Dari ‘Imran bin Husain beliau berkata Nabi Sallallahu Alayhi wa Sallam bersabda:

Sesungguhnya penduduk syurga yang paling sedikit adalah wanita.
(HR. Muslim dan Ahmad)

Keindahan wanita menjadi ujian bagi lelaki manapun. Wanita sekarang menjadi objek yang hina. Mereka meninggalkan Islam yang memuliakan wanita dengan kewajipan menjaga aurat dan suara.

Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya.
(QS. An-Nuur: 31)

Juga Firman-NYA:

Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah dikenali, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan ALLAH adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
(QS.Al Ahzaab: 59)

Hai isteri- isteri Nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita lain jika kamu bertaqwa. Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik.
(QS. Al- Ahzab: 32)

Rasulullah Sallallahu Alayhi wa Sallam juga bersabda tentang fitnah wanita dalam sohih bukhari,

Tidaklah aku tinggalkan sesudahku suatu fitnah yang lebih membahayakan bagi lelaki daripada wanita. Wanita menjadi fitnah ketika mereka menjadi alat membangkitkan nafsu dan keinginan bagi lelaki.


jelas kan para sahabat2 ku? Al-Quran dah jelas hadis Nabi dah jelas. Apa tunggu lagi? bentuklah diri dari sekarang kerana belum terlambat untuk menggapai cinta Allah yang satu..wanita yang di angkat darjatnya disisi Allah..

kita bukan wanita objek kan..(^_^)